Harian Metro

HENTI UJIAN NUKLEAR, MISIL

-

 Jong-Un arah tutup tapak ujian atom Korea Utara

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un berjanji menghentik­an semua ujian nuklear dan peluru berpandu antara benua menjelang pertemuann­ya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Jong-Un membuat pengumuman itu tidak sampai seminggu selepas beliau bertemu Presiden Korea Selatan Moon Jae-In dalam persidanga­n di Zon Bebas Tentea yang memisahkan kedua-dua negara di Semenanjun­g Korea itu.

Namun, Jong-Un tidak menyebut mengenai penghapusa­n simpanan senjata nuklear negara itu atau peluru berpandu yang boleh sampai ke wilayah AS.

Dalam pengumuman­nya, beliau juga memerintah­kan penutupan tapak ujian atom milik Korea Utara.

Deklarasi terbabit yang sekian lama dinantikan AS dianggap amat penting dari aspek hubungan diplomatik di Semenanjun­g Korea serta negara lain di sekitarnya.

“Memandangk­an aspek persenjata­an senjata nuklear ini sudah disahkan, kita tidak lagi perlu melaksanak­an sebarang ujian nuklear atau peluru berpandu jarak sederhana, jarak jauh atau ICBM.

“Misi ujian nuklear Korea Utara berjaya disempurna­kan,” katanya pada perhimpuna­n jawatankua­sa pusat Parti Pekerja, seperti dilaporkan agensi berita KCNA.

Pyongyang melaksanak­an pembanguna­n pesat senjata menyebabka­n negara itu dikenakan sekatan oleh Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC), AS, Kesatuan Eropah, Korea Selatan dan beberapa negara lain.

Tahun lalu negara berkenaan melancarka­n ujian nuklear keenam yang dianggap terbesar setakat ini serta melancarka­n ujian peluru berpandu yang berkeupaya­an terbang sehingga ke wilayah AS.

 ??  ?? KIM Jong-Un umum akan hentikan ujian peluru berpandu balistik nuklear dan memerintah­kan penutupan tapak ujian atom milik Korea Utara. - Agensi
KIM Jong-Un umum akan hentikan ujian peluru berpandu balistik nuklear dan memerintah­kan penutupan tapak ujian atom milik Korea Utara. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia