Harian Metro

Empat lagi ditembak Israel

-

Gaza: Empat penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel ketika perhimpuna­n besar-besaran di Gaza, sejak kelmarin.

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan dua pemuda, masing-masing berusia 24 serta 25 tahun maut ditembak di utara Gaza, manakala seorang lagi penduduk Palestin berusia 29 tahun ditembak mati di bahagian selatan.

Perunding khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi proses perdamaian Asia Barat, Nikolay Mladenov dalam kenyataan di Twitter mengarahka­n siasatan dilakukan.

“Tindakan menembak kanak-kanak sangat kejam! Bagaimana pembunuhan kanak-kanak di Gaza boleh membantu keamanan? Ia hanya menambah kemarahan dan menyebabka­n lebih banyak pembunuhan.

“Kanak-kanak perlu dilindungi daripada keganasan, bukan terdedah atau dibunuh! Kejadian tragik ini perlu disiasat!” katanya menerusi Twitter.

Duta Palestin di PBB, Riyad Mansour pula turut mengulangi gesaan menuntut satu siasatan telus dan bebas susulan kejadian terbabit.

Kematian terbaru itu menjadikan jumlah keseluruha­n kematian penduduk Gaza akibat dibunuh tentera Israel meningkat kepada 38 orang sejak 30 Mac lalu.

Dalam perhimpuna­n semalam, sempena ‘Perarakan Pulang’ yang dirancang selama enam minggu sejak awal bulan ini, penduduk Palestin turut menerbangk­an layang-layang, sebahagian­nya membawa bersama bom petrol, antara taktik terbaru dan mencetuska­n sekurang-kurangnya dua letupan kecil di kawasan dikuasai rejim Zionis. AFP

 ??  ?? REMAJA berusia 15 tahun maut ditembak oleh tentera Israel semasa pertempura­n di sempadan Israel-Gaza. - AFP
REMAJA berusia 15 tahun maut ditembak oleh tentera Israel semasa pertempura­n di sempadan Israel-Gaza. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia