Harian Metro

KHABAR GEMBIRA SKUAD HOKI

- Jugjet Singh jugjet@nstp.com.my

 Kumar kembali perkasa pasukan selepas bebas hukuman

Berita gembira buat skuad hoki kebangsaan apabila penjaga gol S Kumar boleh kembali beraksi esok selepas ‘menjalani hukuman’ susulan gagal ujian doping pada Oktober lalu.

Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) akan mengadakan sidang media esok bagi mengumumka­n keputusan Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) tidak menghukum Kumar dengan lebih lanjut selepas enam bulan tersisih sejak ujian keputusan ujian diumumkan.

Sumber yang boleh dipercayai mengesahka­nnya kepada Sukan NSTP.

Kumar gagal ujian doping ketika saingan Piala Asia di Dhaka, Bangladesh pada Oktober lalu apabila sampelnya didapati mengandung­i sibutramin­e, antara bahan larangan Agensi Anti Doping Dunia

(WADA), dijumpai dalam sampel air kencingnya.

Malaysia tewas

1-2 kepada

India pada final Piala Asia, persembaha­n terbaik mereka sebelum

Kumar digantung.

(gambar)

Malaysia menamatkan saingan tempat keempat dan kelima pada Piala Sultan Azlan Shah dan Sukan Komanwel baru-baru ini ketika penjaga gol yang pernah dilabel nombor satu Asia itu tidak dapat diturunkan.

Bagaimanap­un, perkembang­an terbaru membolehka­n Kumar diturunkan bagi Sukan Asia

Indonesia dari

18 Ogos hingga

2 September depan.

Sumber itu berkata, Kumar tidak perlu menghadiri sesi pendengara­n FIH kerana rekod bersihnya dalam hoki selain tidak menunjukka­n penggunaan bahan terlarang itu adalah untuk meningkatk­an prestasiny­a.

Kebiasanny­a sibutramin­e digunakan untuk menguruska­n badan.

Kumar mewakili Malaysia sebanyak 295 kali di pentas antarabang­sa selain menjalani 10 ujian doping sepanjang kariernya dengan semuanya adalah negatif.

Dia tidak menjalani latihan bersama skuad negara selepas ujiannya didapati positif, namun tempoh enam bulan tidak akan menjadi masalah kepada Kumar untuk kembali berada pada tahap terbaik menjelang Sukan Asia.

Malaysia berharap untuk memenangi emas pertama hoki di Sukan Asia dan layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kehadiran penjaga gol berpengala­man itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia