Harian Metro

MAHU SEPERTI VETTEL

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Sophia mula minat sukan go-kart apabila sering ikut ibu ke Litar F1 Sepang

Soalan: Bagaimana anda mula terdorong untuk menceburi sukan go-kart? Jawapan: Saya berminat dengan sukan go-kart apabila sering mengikut ibu saya yang juga seorang pelumba ke Litar F1 Sepang sejak umur saya empat tahun. Apabila saya berusia lima tahun, ibu membawa saya ke Litar Go-Kart Shah Alam dan membenarka­n saya membawa go-kart dua tempat duduk dengan ibu di sebelah. Bermula dari hari itu, saya amat berminat dengan sukan ini dan ia semakin mendalam selepas ibu membelikan sebuah go-kart CRG Micromax untuk saya sebagai hadiah. Selepas itu saya sering berlatih pada hujung minggu bersama pasukan go-kart.

S: Boleh anda kongsikan mengapa meminati sukan ini berbanding sukan lain kerana sukan ini boleh di- SIAPA kata kanak-kanak perempuan takut menyahut cabaran dan hanya gemar sukan yang tidak berbahaya.

Sophia Zara Mustaffa Kamal, anak gadis berjiwa kental tekad menyahut cabaran mencebur diri dalam sukan go-kart biarpun sukan itu sering dikaitkan dengan kanak-kanak lelaki.

Bagi anak gadis berusia lapan tahun itu, tiada apa yang mustahil di dunia ini andai ia diiringi dengan usaha gigih dan tekad melakukan sesuatu perkara hingga berjaya.

Ibunya Shasha Shafie membuktika­n wanita mampu menjadi pelumba handalan.

Ikuti temubual Arena Metro bersama Sophia mengenai perjalanan dan impiannya dalam sukan itu.

kategorika­n sebagai sukan berbahaya untuk seorang kanak-kanak perempuan?

J: Saya minat sukan ini kerana saya sukakan kelajuan dan saya suka kereta lumba dari usia muda lagi. Saya sering

melihat pelbagai kereta lumba dan saya amat meminati Formula 1 dan tidak akan melepaskan peluang untuk menonton semua pusingan perlumbaan.

Paling tidak dapat dilupakan apabila saya menonton ikut ibu perlumbaan Formula 1 buat ke litar kali pertama pada 2014 di perlumbaan Sepang dan dapat melihat dengan dekat kereta F1 yang untuk sebelum ini hanya saya lihat di kaca televisyen.

Biarpun saya seorang saja kanak-kanak perempuan dalam pasukan go-kart saya sekarang, saya boleh bersaing dengan yang lain jadi saya rasa ini bukan penghalang bagi saya untuk berjaya dalam sukan ini.

S: Pastinya anda mahu melangkah jauh dalam sukan ini, boleh anda berkongsi dengan pembaca sasaran anda seterusnya?

J: Sasaran saya yang terdekat adalah untuk menghabisk­an tahun ini dengan kedudukan lima teratas dalam Kejuaraan Asia Max dan kedudukan tiga teratas dalam Kejuaraan Rotax Max Malaysia bagi kategori Micromax Novice bersama pasukan saya Double R Motorsport. Saya juga ingin berlumba di peringkat antarabang­sa bersama rakan sepasukan.

S: Siapa idola anda dan mengapa anda memilih beliau?

J: Idola saya adalah ibu dan Sebastian Vettel serta Kimi Raikkonen dari pasukan Formula 1 Ferrari. Saya amat meminati pasukan Ferrari. Saya amat gembira kerana dapat berjumpa dan berbual dengan kedua-dua pemandu itu tahun lalu. Mereka juga bermula dari sukan go-kart seperti saya dan saya berharap untuk menjadi sehebat dan selaju mereka satu hari nanti.

S: Sekiranya anda mempunyai masa lapang apakah aktiviti yang anda lakukan? J: Selain go-kart, saya juga aktif mewakili sekolah dan kelab saya dalam sukan lawan pedang yang mana saya mula bertanding dalam acara foil sejak berumur lima tahun. Tahun ini saya bertanding dalam pertanding­an peringkat antarabang­sa pertama saya dan berjaya memenangi pingat gangsa. Selain itu, saya gemar menunggang kuda saya, Majesty bersama adik saya pada hujung minggu jika ada kelapangan. Saya juga gemar tarian balet, rollerblad­ing, bermain violin dan berenang.

S: Rasanya dalam 10 tahun akan datang apa yang akan anda lakukan atau di mana anda akan berada?

J: Cita-cita utama saya adalah untuk berlumba dalam F1 tapi dalam masa 10 tahun lagi saya berharap untuk berlumba di peringkat formula antarabang­sa, seperti F4 atau F3 di Eropah terlebih dahulu.

 ??  ?? SOPHIA memulakan perlumbaan go-kart. SOPHIA (kiri) suka menghabisk­an masa lapang bersama ibunya Shasha. KERETA go-kart CRG Micromax kesayangan Sophia.
SOPHIA memulakan perlumbaan go-kart. SOPHIA (kiri) suka menghabisk­an masa lapang bersama ibunya Shasha. KERETA go-kart CRG Micromax kesayangan Sophia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia