Harian Metro

‘Sukar bagi pengganti Wenger’

-

London: David Moyes cukup faham situasi yang menanti setiap individu apabila menggantik­an pengendali yang sudah lama berkhidmat di sesebuah kelab dan pengendali West Ham itu yakin situasi sukar dihadapi sesiapa yang mengisi jawatan

(gambar)

Arsene Wenger di Arsenal.

Pengendali Gunners, Wenger kelmarin mengumumka­n beliau akan meninggalk­an kelab itu selepas 22 tahun berkhidmat, yang menyaksika­n pengurus berusia 68 tahun dari Perancis itu merangkul tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan tujuh Piala FA bersama kelab utara London itu.

Moyes menghadapi situasi yang dikatakann­ya itu ketika menggantik­an Sir Alex Ferguson di Manchester United selepas pengendali dari Scotland itu menamatkan era 26 tahun di Old Trafford yang dihiasi pelbagai kilauan trofi.

Namun, bekas pengendali Everton itu hanya bertahan 10 bulan di Old Trafford sebelum dipecat.

Kini bersama West Ham, Moyes akan membawa Hammers merentasi London bertemu Arsenal pada aksi Liga Perdana malam ini.

“Bukan mudah apabila anda mengisi tempat pengendali yang hebat di kelab besar,” kata Moyes. “Ia pasti sukar bagi sesiapa yang mengambil jawatan itu.

“Ia satu pencapaian menakjubka­n buatnya memegang jawatan untuk tempoh sepanjang itu – sama seperti Ferguson. Saya rasa saya sudah melakukann­ya dengan baik selama 11 tahun di Everton.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia