Harian Metro

‘TIDAK SEMUDAH ITU’

- AFP

Mohamed Salah menyamai rekod jaringan buat Liverpool, namun gol penyamaan dramatik lewat perlawanan menerusi Salomon Rondon membantu West Bromwich Albion seri 2-2, malam tadi.

Rondon melonjak tinggi pada minit ke-89, tampil untuk menanduk masuk sepakan percuma Chris Brunt dan melengkapk­an kebangkita­n Albion daripada ketinggala­n dua gol di Hawthorns.

Anak buah Juergen Klopp memperagak­an penguasaan dengan Salah berjaya menyamai rekod yang dilakukan Ian Rush apabila menjaringk­an gol dalam 32 perlawanan semusim dan meledak gol ke-31 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain sayap Mesir itu kini terikat untuk rekod jaringan terbanyak Liga Perdana dalam 38 perlawanan liga, sekali gus menyertai Alan Shearer (1995-96), Cristiano Ronaldo (2007-08)

 West Brom sekat hajat Liverpool raih tiga mata

dan Luis Suarez (2013-14).

Pada aksi itu, Danny Ings meledak gol pertama buat Reds yang juga menjadi gol pertamanya dalam tempoh 930 hari selepas menerima hantaran Georginio Wijnaldum seawal minit keempat.

Salah kemudian melebarkan jurang buat pelawat apabila meledak gol kedua pada minit ke-72 dan dia kini berkelebih­an lima gol mengatasi Harry Kane bagi perebutan anugerah Kasut Emas Liga Perdana.

Namun, Liverpool serta-merta goyah ketika perlawanan memasuki 15 minit terakhir selepas Albion mengurangk­an defisit menerusi jaringan Jake Livermore pada minit ke-78.

Albion yang masih segar apabila melakar kejutan ke atas Manchester United minggu lalu kembali ‘bernyawa’ dan Rondon memastikan tuan rumah meraih satu mata apabila berjaya meledak gol penyamaan ketika perlawanan berbaki seminit.

 ??  ?? SALAH (kanan) ledak gol kedua Liverpool di The Hawthorns, malam tadi.
SALAH (kanan) ledak gol kedua Liverpool di The Hawthorns, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia