Harian Metro

‘Nasib tak menyebelah­i kami’

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz sukanteam@nstp.com.my

Maran: pemain lawan yang sengaja melengahka­n rentak permainan dengan berbaring di atas padang. Johor Bahru: Perit untuk menerima kekalahan, namun pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Raul Longhi menyifatka­n kekalahan 0-3 di tangan Pahang pada suku akhir kedua Piala FA malam kelmarin, satu suratan yang tidak dapat dielak.

Menurutnya, kesebelasa­n utama JDT yang diturunkan memberi komitmen 100 peratus dalam perlawanan itu, tetapi nasib tidak menyebelah­i pasukan dan terpaksa akur dengan kekalahan itu.

Kegagalan benteng pertahanan beraksi dengan tenang dan begitu mudah membuka ruang kepada Pahang menyebabka­n pasukan lawan mudah mencipta jaringan pada babak pertama dan gol kedua bagaikan memusnahka­n harapan pasukannya untuk bangkit.

“Ia perlawanan berbeza dengan saingan Liga Super dan anda sendiri lihat, Pahang tampil dengan corak permainan pantas serta cepat menghukum benteng pertahanan JDT,” kata Longhi.

“Malam ini (malam tadi) mereka tidak beraksi dengan konsisten dan selepas membiarkan lawan menjaringk­an gol kedua ia nyata mematahkan semangat pemain kami.

“Pemain Pahang ambil kesempatan dengan corak serangan balas menerusi bola umpanan jauh dan apabila benteng kami sedikit leka mereka berjaya menjaringk­an gol.”

Menurutnya, itulah bola sepak jika ada pemain leka pasukan itu akan dihukum.

Ditanya mengenai Safiq Rahim yang hanya dimasukkan pada babak kedua, Longhi menjelaska­n percaturan menentang Pahang lebih terarah menurunkan barisan sama yang menewaskan PKNS FC, Sabtu lalu.

 ??  ?? KAPTEN FELDA Shukor Adan (kiri) bersaing merebut bola dengan pemain
PKNP Raffi Nagoorgani.
KAPTEN FELDA Shukor Adan (kiri) bersaing merebut bola dengan pemain PKNP Raffi Nagoorgani.
 ?? Raul Longhi ?? Ia perlawanan berbeza dengan saingan Liga Super dan anda sendiri lihat, Pahang tampil dengan corak permainan pantas serta cepat menghukum benteng pertahanan JDT”
Raul Longhi Ia perlawanan berbeza dengan saingan Liga Super dan anda sendiri lihat, Pahang tampil dengan corak permainan pantas serta cepat menghukum benteng pertahanan JDT”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia