Harian Metro

‘BUNUH’ TRIO

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

 Taktikal Dollah rantai jentera tengah JDT tuai hasil

Perancanga­n dan pelaksanaa­n taktikal tepat membuktika­n Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh ditewaskan di stadium keramat mereka, Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada suku akhir kedua Piala FA, malam kelmarin.

Lebih manis, kemenangan 3-0 Pahang dicatat ketika pemain utama masih belum pulih 100 peratus daripada kecederaan.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, rahsia menewaskan JDT adalah dengan mematikan gerakan barisan tengah skuad kendalian Raul Longhi.

Menurutnya, walaupun terpaksa membariska­n kesebelasa­n utama ‘tempang’ berikutan beberapa pemain utama, Matthew Davies, Safuwan Baharuddin, penjaring hatrik Patrick Cruz dan Mohamadou Sumareh tidak cergas 100 peratus, komitmen tinggi mereka memastikan Pahang mara ke separuh akhir dengan penuh bergaya.

“Sebenarnya memang kami merancang untuk mematikan bahagian tengah JDT yang juga nadi dan kekuatan pasukan itu,” kata bekas pemain dan pengendali skuad kebangsaan itu.

“Walaupun dalam sesi latihan saya tidak dapat melatih pemain membentuk taktikal dirancang, tapi pemain saya faham apa yang saya mahu.

“Tiga pemain tengah JDT adalah nadi utama pasukan itu dan apabila kami menyekat penguasaan mereka, kami dapati Natxo (Insa), Hariss (Harun) dan Nazmi (Faiz Mansor) tiada ruang untuk mengawal bola.

“Kami matikan langkah ketiga-tiga pemain tengah JDT daripada mengumpan bola kepada sayap kanan dan kiri dan ia menyukarka­n Gonzalo (Cabrera) menyusup masuk selain membataska­n pergerakan Safawi (Rasid).”

Dollah sendiri tidak menyangka Cruz yang masih belum cergas 100 peratus mampu meledak hatrik, manakala Sumareh yang demam panas masih mampu memberikan persembaha­n terbaik untuk memastikan Pahang melangkah ke separuh akhir.

Katanya, Davies sepatutnya tidak diturunkan, tetapi tetap mahu berada dalam kesebelasa­n utama walaupun hanya diberikan panduan untuk mengawal corak permainan Cabrera.

“Walaupun dalam kedudukan selesa, saya tidak mengubah corak permainan kerana sedar jika diberi ruang, JDT boleh menghukum kami,” katanya.

 ??  ?? DAVIES (kanan) mengekang
pergerakan Safawi.
DAVIES (kanan) mengekang pergerakan Safawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia