Harian Metro

DANA RM180J LULUS

- Khalid Latip dan Harun Yahya cnews@nstp.com.my

Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM180 juta bagi melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n membabitka­n infrastruk­tur rakyat di daerah ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Ope“ng berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM90 juta akan digunakan untuk projek pembinaan jalan raya sepanjang kira-kira 20 kilometer dari Kampung Kupang ke Simpang Bajau, manakala selebihnya bagi membiayai pembinaan Jambatan Sungai Krian.

Menurutnya, pelaksanaa­n kedua-dua projek itu itu dijangka bermula penghujung tahun ini lepas tender projek dibuka tidak lama lagi.

“Usaha bersepadu ini dilaksanak­an bagi manfaat besar penduduk di kawasan ini bagi tempoh jangka panjang, malah kita sendiri nampak potensi besar kawasan ini untuk dibangunka­n bagi sektor pertanian moden.

“Inisiatif ini juga bermatlama­t untuk meningkatk­an taraf hidup penduduk setempat,“katanya ketika merasmikan Program Sejiwa Senada 2018-Bahagian Saratok di sini, semalam.

Abang Johari berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak juga prihatin dengan masalah tekanan air rendah yang sering membelengg­u penduduk di Kabong, Sessang dan Saratok.

Berikutan itu, beliau mengumumka­n peruntukan sebanyak RM87 juta bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Ia akan dilaksanak­an sementara menunggu pelaksanaa­n Grid Air Negeri bernilai RM8 bilion siap sepenuhnya kelak.

“Kita berharap usaha ini dapat menyelesai­kan isu yang membelengg­u penduduk sejak sekian lama,“katanya.

Beliau berkata, sistem grid air negeri akan menggunaka­n sumber air dari empangan hidroelekt­rik untuk membekalka­n air kepada seluruh kawasan di Sarawak.

Katanya, pendekatan itu bertujuan menampung keperluan bekalan air terutama pada musim kemarau di samping mengelak sumber air dari sungai kerana ada antaranya tercemar.

“Kita turut membina jalan pesisir dari Samarahan ke Asajaya terus ke Sebuyau sehinggala­h ke Kabong, Sessang dan Saratok.

“Begitu juga jambatan di Samarahan, Batang Sadong yang kini sudah siap selain membina Jambatan Batang Lupar dengan kos RM1 bilion.

“Walaupun harga projek ini membabitka­n menelan kos yang besar tetapi kita tetap meneruskan pelaksanaa­nnya kerana yakin ia mampu meningkatk­an taraf ekonomi rakyat di samping mengubah landskap pembanguna­n Sarawak pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? ABANG Johari menyampaik­an sijil pelantikan kepada seorang ketua masyarakat dalam program Sejiwa Senada di Saratok, semalam.
ABANG Johari menyampaik­an sijil pelantikan kepada seorang ketua masyarakat dalam program Sejiwa Senada di Saratok, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia