Harian Metro

Anggota ATM patah usaha seludup arak

-

Serian: Cubaan seorang lelaki Indonesia menyeludup arak ke negaranya melalui ‚jalan tikus‘ di sebuah ladang sawit di Tong Nibong, di sini, dipatahkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kelmarin.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan sepasukan anggota dari Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) ketika rondaan di kawasan sempadan kirakira jam 8 pagi.

Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia memaklumka­n bahawa pasukan berkenaan yang menjalanka­n rondaan menerusi Ops Serkap terserempa­k dengan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigak­an.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut terhadapny­a kemudian menyerlahk­an sebuah kotak diikat di belakang motosikal yang ditunggang suspek berkenaan.

“Anggota tentera kemudianny­a menemui 24 botol minuman keras yang tidak dibayar cukai disimpan di dalam kotak berkenaan.

“Jumlah rampasan dianggarka­n bernilai RM800 dipercayai mahu diseludup keluar dari negara ini tanpa membayar cukai,“katanya dalam kenyataann­ya di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, pasukan berkenaan juga merampas motosikal Honda Repo yang tidak memiliki dokumen dan nombor pendaftara­n.

Katanya, suspek bersama rampasan kemudianny­a dibawa ke Balai Polis Serian untuk siasatan lanjut.

“Operasi di sempadan negara terus dipertingk­atkan untuk memastikan tiada cubaan menjalanka­n penyeludup­an berlaku,“katanya.

 ??  ?? ANGGOTA 13RAMD bersama suspek ditahan dan barangan rampasan sebelum dibawa ke Balai Polis Serian, semalam.
ANGGOTA 13RAMD bersama suspek ditahan dan barangan rampasan sebelum dibawa ke Balai Polis Serian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia