Harian Metro

Donald mungkin kembali ke Moyog

-

Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut (UPKO) Datuk Donald Mojuntin mungkin kembali bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Donald yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Penampang berkata, beliau bersedia bertanding sekiranya diminta pucuk kepemimpin­an parti.

“Ya, ada kemungkina­n saya bertanding untuk DUN Moyog atau kerusi Parlimen Penampang. Tapi dalam politik, anda tidak boleh pasti.

“Walaupun nama disenaraik­an sekarang, ia boleh ditukar pada minit akhir.

“Untuk keadaan sekarang, ia kelihatan seperti saya lebih cenderung bertanding di Moyog berbanding kerusi Parlimen.

“Itu saja yang saya boleh katakan ketika ini,” katanya selepas melancarka­n Program Pusat Transforma­si Masyarakat Mudah Alih 1Malaysia di Kampung Madsiang di sini, semalam.

Pada pilihan raya 2004, Donald menjadi Ahli Parlimen Penampang selepas menewaskan tiga pesaing sebelum dicalonkan untuk kerusi DUN Moyog yang dimenangin­ya pada PRU12.

Bagaimanap­un, Donald tidak disenaraik­an sebagai calon dalam PRU13.

Donald berkata, sekiranya terpilih menjadi calon, beliau menjangka akan menghadapi pertarunga­n daripada dua atau tiga calon parti pembangkan­g.

Walaupun nama disenaraik­an sekarang, ia boleh ditukar pada minit akhir”

Donald Mojuntin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia