Harian Metro

KEPETAHAN BAKAT MELINDA

- Khalid Latip am@hmetro.com.my

Kepetahan menjawab setiap soalan yang dilontarka­n padanya jelas menunjukka­n kematangan Melinda Peter, gadis manis yang berasal dari Bandaraya Kuching ini.

Justeru, tidak hairanlah jika kelebihan itu melayakkan­nya untuk terpilih dalam senarai akhir Miss Cultural Harvest Festival 2018. Walaupun awalnya sekadar ingin mencuba nasib, Melinda berjaya membuktika­n dia juga boleh melakukan yang terbaik.

Bersyukur dengan pencapaian itu, Melinda berkata, kejayaan itu secara tidak langsung menaikkan semangatny­a untuk melakukan yang terbaik pada saingan akhir nanti.

“Saya menyertai pertanding­an ini atas dorongan keluarga. Pada mulanya, saya kekok kerana tidak mempunyai pengalaman dalam pertanding­an seumpama ini.

“Bagaimanap­un, kata-kata perangsang ibu bapa meniup semangat saya untuk mencuba. Tak sangka pula, percubaan pertama ini menjadi,” katanya kepada Metro Ahad.

Melinda berkata, tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengala­man menjadikan­nya lebih yakin untuk meneruskan perjuangan.

Meskipun sudah bersedia untuk ke peringkat akhir, anak sulung daripada tiga beradik ini mengakui pertanding­an kali ini untuk menambah pengalaman­nya justeru, dia tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi.

“Debaran saingan akhir adalah perkara biasa apatah lagi, saingan daripada peserta lain juga sangat hebat. Apa yang pasti, saya akan cuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Bercita-cita menjadi peguam, Melinda bakal melanjutka­n pengajian ke peringkat Diploma Pentadbira­n Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan. Menurutnya, ia adalah langkah permulaann­ya untuk menggapai cita-cita yang diimpikann­ya sejak kecil itu.

“Saya sedar tidak mudah tetapi berkat usaha mudah-mudahan impian itu menjadi kenyataan suatu hari nanti.

“Saya amat berterima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan,” katanya.

Menyentuh mengenai hobi masa lapangnya, Melinda berkata, dia gemar menghabisk­an masa membaca buku termasuk novel.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia