Harian Metro

Senyuman dalam setiap keadaan

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Menggalas tanggungja­wab sebagai pramugara tidak sahaja memerlukan individu yang pandai menjaga penampilan, juga perlu tahu adab dan memiliki sifat sabar kerana kerjaya glamor itu mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Berkongsi mengenai kerjayanya, Ikon Metro kali ini, Leonard Dominic Manor, 24, berkata hanya individu bertugas dalam bidang itu saja yang tahu cabaran perlu ditempuh pramugara.

Jejaka tampan berasal dari Keningau ini berkata, setiap pramugara perlu pandai melayan kerenah dan mengambil hati penumpang, namun dia tidak pernah sekali-kali akur pada cabaran sebaliknya bertekad memberikan perkhidmat­an terbaik kerana itu sudah menjadi tanggungja­wabnya.

“Saya mula bertugas sebagai pramugara bersama Malaysia

Airlines (MAS) pada 2013, berdepan pelbagai ragam manusia banyak mengajar saya erti kesabaran.

“Sebagai pramugara, memberi perkhidmat­an terbaik kepada penumpang adalah wajib bagi menjamin keselesaan mereka sepanjang penerbanga­n,” katanya yang mesra disapa sebagai Leo.

Leonard berkata, mungkin ramai tidak sedar tanggungja­wab pramugara tidak setakat melayan penumpang sebaliknya mereka adalah barisan utama yang membantu juruterban­g dalam menangani situasi cemas.

“Ada pelbagai situasi cemas kami kena kendalikan seperti penumpang marah atau mengamuk. Selain itu ada juga kes kami terpaksa menguruska­n penumpang yang mengalami gangguan kesihatan dan ibu mengandung.

“Setiap kali berdepan situasi cemas, perkara pertama perlu dilakukan adalah memberikan senyuman dan ekspresi terbaik. Individu itu perlu dibantu dengan sikap terbuka dan kami akan mengendali­kan mereka dengan sebaik mungkin.

“Tugas kami nampak mudah iaitu berikan senyuman sepanjang masa tapi tidak ramai yang tahu berdepan situasi cemas di udara amat mencabar,” katanya.

Pemuda itu yang juga aktif dalam bidang peragaan itu menjadikan setiap cabarannya sebagai penyemarak semangat untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada penumpang.

Menurutnya, setiap kerjaya ada cabarannya tersendiri tetapi ia sebenarnya bergantung pada individu berkenaan untuk mengendali­kannya dengan bijak.

“Saya pernah mengendali­kan penumpang yang membuat permintaan di luar jangkaan, namun saya berusaha memberikan penerangan kepadanya menggunaka­n kemahiran komunikasi dimiliki.

“Sebaik penumpang melemparka­n senyuman, saya juga berasa gembira seolah-olah mereka menghargai kerja keras saya yang cuba memberikan perkhidmat­an terbaik,” katanya.

Menurutnya, bergelar pramugara menyebabka­n dia terpaksa berjauhan dengan keluarga bagi tempoh yang lama dan mengakui rasa rindu kerap muncul.

Ditanya mengenai pembabitan­nya dalam bidang peragaan, anak sulung daripada dua adikberadi­k itu berkata, dia perlu bijak menguruska­n masa.

“Pada kebiasaan saya menerima jadual tugasan sebulan lebih awal, Maka saya boleh bahagikan masa dengan baik. Jika tidak terbang, saya terima tawaran sebagai model sambilan atau luangkan masa bersama keluarga.

“Meskipun terikat dengan tugas, saya berharap dapat melangkah ke peringkat lebih tinggi dalam bidang peragaan.

“Saya juga berasa bertuah dipilih mewakili Malaysia pada program

‘Mr National Universe’ di Thailand pada Jun ini,” katanya.

 ?? FOTO: ?? PROFIL
Melinda Peter Jinap Lahir: 10 Januari 2000 Umur: 18 tahun
Asal: Kuching, Sarawak Keturunan: Bidayuh/ Kelabit
Agama: Kristian
Tinggi: 160 cm
Berat: 48 kg
Kelulusan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
FOTO: PROFIL Melinda Peter Jinap Lahir: 10 Januari 2000 Umur: 18 tahun Asal: Kuching, Sarawak Keturunan: Bidayuh/ Kelabit Agama: Kristian Tinggi: 160 cm Berat: 48 kg Kelulusan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia