Harian Metro

MERCU PERINGATAN TERABAI

-

terkorban dalam nahas udara pada 1976 ini kini sepi tanpa pengunjung.

Penduduk berhampira­n mendakwa, bukan sahaja tiada aktiviti khusus bagi menghidupk­an suasana di taman itu, persekitar­annya juga tidak terurus dan dipenuhi sampah menyebabka­n lokasi itu menjadi kurang popular.

Pekerja restoran berhampira­n yang hanya mahu dikenali sebagai

Tan, 50, berkata, kawasan itu dulunya diselengga­ra pekerja pembersiha­n yang menyapu sampah dan daun kering.

“Bagaimanap­un, sejak beberapa bulan lalu kerja pembersiha­n dihentikan.

“Sekarang, selain pelanggan yang singgah di restoran, masih ada pengunjung yang datang untuk beriadah dengan mendaki bukit terutama pada waktu petang tetapi jumlahnya tidak ramai.

“Apa yang dikesalkan sikap segelintir pengunjung yang membuang sampah seperti bekas makanan dan botol minuman sesuka hati meskipun tong sampah disediakan, akibatnya taman ini kotor serta nampak tidak terurus,” katanya.

Tinjauan juga mendapati, selain daun kering yang bertaburan, sampah-sarap dan sisa makanan berselerak manakala dinding menara tinjau berhampira­n diconteng pihak tidak bertanggun­gjawab.

Pengunjung, Noi Shariza Malik, 30, berkata, dia ke taman itu setiap hujung minggu untuk mendaki bukit sambil menikmati keindahan pemandanga­n Laut Sulu.

“Lebih menarik jika menyaksika­n pemandanga­n dari menara tinjau.

“Sebelum ini pintu masuk ke menara tinjau ditutup tapi dibuka semula bulan lalu.

“Saya kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang menconteng dinding kerana ia mencacatka­n pemandanga­n, selain itu serpihan kaca daripada botol yang pecah membahayak­an pengunjung jika tidak berhati-hati,” katanya.

Berikutan itu, Noi berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil inisiatif membangunk­an semula taman itu kerana dikeliling­i pemandanga­n indah.

Katanya, pihak berkenaan juga boleh menjadikan taman itu sebagai tapak penganjura­n pelbagai aktiviti seperti sukan lasak atau program memperinga­ti mendiang Datuk Chong Tain Vun.

 ??  ?? TUGU peringatan mendiang Chong hodoh dengan kesan contengan.
TUGU peringatan mendiang Chong hodoh dengan kesan contengan.
 ??  ?? PANORAMA bandar Sandakan dan Laut Sulu dilihat dari Taman Chong Tain Vun.
PANORAMA bandar Sandakan dan Laut Sulu dilihat dari Taman Chong Tain Vun.
 ??  ?? TAMAN Chong Tain Vun sepi tiada pengunjung.
TAMAN Chong Tain Vun sepi tiada pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia