Harian Metro

ADA PELUANG

 Chiew Sien-Sueh Jeou pamer aksi meyakinkan di Cabaran Antarabang­sa Malaysia

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Salah satu kejuaraan sudah sah menjadi milik negara tetapi pada masa sama, Malaysia mampu menyapu bersih semua kategori pada final kejohanan Cabaran Antarabang­sa Malaysia hari ini.

Kali terakhir Malaysia menyapu bersih semua lima kategori pada kejohanan itu adalah pada 1998.

Semalam, pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berjaya memberikan aksi meyakinkan pada separuh akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara termasuk Lim Chiew Sien-Tan Sueh Jeou dan Soong Fie Cho-Tee Jing Yi, selepas kedua-duanya bertemu sesama sendiri pada final beregu wanita.

Chiew Sien-Sueh Jeou mara ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut (selepas Siri Antarabang­sa Indonesia minggu lalu) musim ini, apabila menumpaska­n pilihan keempat dari Singapura, Putri Sari Dewi Citra-Jin Yujia 21-19, 21-12 manakala Fie Cho-Jing Yi pula menumpaska­n beregu Hong Kong, Ng Tsz Yau-Yuen Sin Ying 21-11, 21-15.

Sementara itu, dalam perseorang­an lelaki, Tan Jia Wei berjaya mengetepik­an juara remaja dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 21-17, 21-15, diikuti perseorang­an wanita, Lee Ying Ying menghidupk­an peluang untuk disenaraik­an ke Piala Uber apabila menang 21-7, 10-21, 21-17 ke atas pilihan utama Hanna Ramadini dari Indonesia.

“Saya berasa amat gementar sebelum perlawanan, kerana pernah tumpas kepadanya sebelum ini. Menang ke atasnya membolehka­n saya membalas dendam. Saya tidak dapat jangka untuk aksi esok tapi berharap mampu meraih kejuaraan dan mengesahka­n slot ke Piala Uber,” kata Ying Ying yang turut mara ke perlawanan akhir Cabaran Antarabang­sa Iran, Februari lalu.

Jia Wei yang berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Poland tahun lalu, akan berdepan pemain Taiwan, Hsueh Hsuan Yi sementara Ying Ying pula berdepan Wang Zhiyi dari China.

Dalam separuh akhir beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengetepik­an rakan senegara yang juga juara bertahan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-18, 22-24, 21-13 untuk mara ke perlawanan akhir ketiga mereka.

 ??  ?? CHIEW Sien dan
Sueh Jeou menang (21-19, 21-12) menentang Putri Sari Dewi dan Yujia.
FOTO: HALIM SALLEH
CHIEW Sien dan Sueh Jeou menang (21-19, 21-12) menentang Putri Sari Dewi dan Yujia. FOTO: HALIM SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia