Harian Metro

SELUDUP ARAK

Cubaan bot pancung menyusup tumpas

- Kristy Inus cnews@nstp.com.my

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menumpaska­n cubaan menyeludup lebih 100 botol arak pelbagai jenama di perairan FELDA Sahabat di sini, kelmarin.

Timbalan Pengarah (Operasi) Pangkalan Maritim Lahad Datu Leftenan Maritim Muhammad Zarif Mat Yunus berkata, bot peronda Maritim Malaysia menahan bot pancung yang membawa barangan seludup itu jam 10 malam selepas dipercayai cuba masuk ke daerah ini dari negara jiran.

Menurutnya, bot peronda Maritim Malaysia mengesan bot pancung terbabit dalam keadaan mencurigak­an berhampira­n kawasan perairan itu yang cuba menyusup ke Kampung Pangkalan.

“Bot pancung itu meluncur ke arah pesisir pantai sebelum tekong terjun ke laut meninggalk­annya sebaik menyedari kehadiran peronda Maritim Malaysia.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap bot pancung itu menemui 109 botol arak pelbagai jenama dengan nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n RM4,000,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Muhammad Zarif berkata, semua barang rampasan itu dibawa ke Pos Maritim Malaysia FELDA Sahabat untuk siasatan mengikut Akta Kastam 1967.

“Maritim Malaysia terus menjalanka­n tugas penguatkua­saan bagi membantera­s aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Lahad Datu.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubung­i talian 089-885727 pusat operasi kami di Lahad Datu atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan,” katanya.

 ??  ?? BOT pancung yang membawa 109 botol arak pelbagai jenama dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini dari negara jiran di perairan Felda Sahabat, Lahad Datu.
BOT pancung yang membawa 109 botol arak pelbagai jenama dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini dari negara jiran di perairan Felda Sahabat, Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia