Harian Metro

LENTUR RATU GIMRAMA

 Empat atlet gimnastik kongsi suka duka rangkul kejuaraan

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Sukan lentur badan atau gimnastik memerlukan atlet yang mempunyai kesungguha­n, keazaman dan disiplin yang tinggi.

Tanpa mengira gimnastik artistik mahu pun gimrama perkara paling utama yang perlu ada dalam diri setiap atlet mahu mencipta nama dalam sukan itu adalah keinginan melakukan aksi yang terbaik setiap kali beraksi di gelanggang.

Meskipun sukan itu sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat negara ini masih ramai beranggapa­n ia hanya sesuai untuk mereka yang kurus dan perlu mengamalka­n diet yang ketat semata-mata mahu mengekalka­n bentuk badan.

Harian Metro menemubual empat atlet cilik gimrama negara yang sudi berkongsi pahit manis mereka sepanjang menceburi sukan itu.

Melalui temubual itu, dapat dikupas mengenai sejauh mana sukan gimrama mampu membimbing golongan muda dalam menghadapi realiti dunia luar menerusi etika dan disiplin yang diamalkan.

Persoalan pertama yang ditanya adalah adakah sukan berkenaan kejam dan mengikut Rayna Hoh Khai Ling, 15, atlet negara yang terpilih untuk program

Youth Olympic 2018 berkata, ia sebenarnya akti- viti yang boleh disertai semua golongan jika mempunyai minat mendalam.

Katanya, selain gimrama, sukan lain juga memerlukan disiplin yang tinggi bagi membentuk atlet bertanggun­gjawab dan sanggup memberikan komitmen tinggi pada setiap sesi latihan.

“Saya tidak merasakan bahawa gimrama itu kejam semata-mata hanya kerana setiap atletnya perlu mempunyai bentuk badan yang kurus dan jika berat naik, akan ditegur jurulatih. Kami juga dilarang untuk mengambil nasi bagi mengelakka­n berat badan naik mendadak. “Perlu difahamkan di sini bahawa teras gimrama dan undang-undangnya sudah terbentuk sejak dahulu lagi dan setiap satu daripadany­a adalah relevan dengan apa yang dilakukan,” katanya.

Katanya, sebagai contoh jika atlet gimrama mempunyai bentuk badan yang besar, dia pasti berdepan masalah melakukan rutin ditetapkan.

“Gimrama adalah sukan yang menyeronok­kan kerana menggabung­kan teknik lenturan badan dan menari menggunaka­n peralatan seperti bola, gelung, belantan dan riben,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi atlet gimrama negara yang akan menjejakka­n kaki ke Sukan Olimpik pada masa akan datang.

Sementara itu, bagi Iman Alisha

Fakhri Yassin, 13, yang menceburi sukan gimrama pada usia enam tahun, dia kerap ponteng sekolah dan mengenepik­an rasa letih semata-mata mahu menjadi seorang bintang.

“Sukan ini memerlukan fokus yang tinggi, selain perlu ada keyakinan dan keazaman supaya tidak mudah berputus asa jika gagal pada cubaan pertama. “Tipu jika saya cakap

tidak pe- nat, tapi kerana mahu bergelar bintang saya bersungguh-sungguh kerana apabila berjaya menguasai sesuatu rutin itu, ia menjadi satu kepuasan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata,” katanya.

Atlet muda itu juga memberitah­u bahawa minat menyertai gimrama perlu datang dari diri sendiri, bukan atas

Saya tidak merasakan bahawa gimrama itu kejam semata-mata hanya kerana setiap atletnya perlu mempunyai bentuk badan yang kurus dan jika berat naik, akan ditegur jurulatih”

Rayna Hoh Khai Ling

Lok Mei Hui Kenapa perlu lakukan perkara yang anda tidak minat semata-mata untuk puaskan hati orang lain. Saya sentiasa tekad untuk memastikan tiada kesilapan ketika rutin”

Iris Hoo Xin En Kami perlu mendisipli­nkan diri untuk kekalkan berat badan. Jika tahu berat badan sudah naik, maka perlu ada usaha untuk turunkanny­a demi melakukan rutin yang sempurna”

Sukan ini memerlukan fokus yang tinggi, selain perlu ada

keyakinan dan keazaman supaya tidak mudah berputus asa jika gagal pada

cubaan pertama”

Iman Alisha Fakhri Yassin

paksaan mana-mana pihak.

Bagi Iris Hoo Xin En, 15, pembabitan dalam sukan itu menjadikan dirinya sebagai seorang yang lebih berdisipli­n, menghargai masa, patuh pada arahan dan selesa bekerja dalam kumpulan.

“Kenapa perlu lakukan perkara yang anda tidak minat semata-mata untuk puaskan hati orang lain. Saya sentiasa tekad untuk memastikan tiada kesilapan ketika rutin.

“Jangan cepat putus asa dan perlu ada keyakinan tinggi untuk cemerlang dalam sukan ini,” katnaya yang menggemari rutin bola.

Anak kelahiran Perak, Lok Mei Hui, 15, pula berkata, gimrama menjadi minatnya sejak kecil dan dia tidak pernah jemu menjalani latihan untuk mengejar impian sebagai bintang gimrama.

Jelasnya, mengekalka­n bentuk tubuh dan berat badan yang dianggap ‘mustahil’ oleh sesetengah pihak menjadi cabaran utama bagi atlet gimrama.

“Berat kami perlu seimbang selaras dengan ketinggian dan jika terlebih saya berisiko tinggi mengalami kecederaan ketika menjalani latihan.

“Hal ini kerana, berat yang melebihi kadar ditetapkan akan mengganggu atlet ketika melakukan rutin atau aksi sepatutnya dengan sempurna,” katanya.

Ditanya adakah setiap atlet gimrama mempunyai diet tertentu, Lok memberitah­u mengekalka­n berat badan adalah tanggungja­wab atlet itu sendiri.

“Kami perlu mendisipli­nkan diri untuk kekalkan berat badan. Jika tahu berat badan sudah naik, maka perlu ada usaha untuk turunkanny­a demi melakukan rutin yang sempurna.

“Memang kawalan berat badan menjadi antara perkara yang menakutkan dalam gimrama, tetapi jika sudah minat, mengapa perlu persoalkan isu itu. Dalam hal ini, kami mempunyai pakar pemakanan bagi membantu kami mengekalka­n nutrisi dalam badan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri, Iman Alisha, Rayna, Iris dan Lok
menjalani latihan di Bandar Sukan Bukit Jalil,
Kuala Lumpur. LOK Mei Hui
DARI kiri, Iman Alisha, Rayna, Iris dan Lok menjalani latihan di Bandar Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. LOK Mei Hui
 ??  ?? RAYNA
RAYNA
 ??  ??
 ??  ?? IMAN Alisha
IMAN Alisha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia