Harian Metro

ALUNAN 63 TAHUN ZAINAL ALAM BN UMUM CALON HARI INI HINGGA SELASA 1,220 BORANG CALON PARLIMEN DIJUAL

Taktik pembangkan­g fitnah pemimpin, kerajaan pengaruh kepercayaa­n masyarakat

- Shamsul Kamal Amarudin shaka@nstp.com.my

Tindakan pembangkan­g sering mengulangi pelbagai fitnah yang sama terhadap pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengakibat­kan ramai rakyat percaya dan terpengaru­h dengan tohmahan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, taktik berkenaan selaras dengan teori diguna pakai Menteri Propaganda ketika pemerintah­an Nazi di Jerman, Paul Joseph Goebbels, bahawa sesuatu perkara yang buruk dan fitnah akan meresap ke dalam fikiran rakyat jika ia dinyatakan berulang kali.

“Inilah dilakukan pembangkan­g melalui tohmahan yang pelbagai...tapi spinning

effort yang diulang-ulang, dikitar semula, segala bidaah, perkara batil mengikut Goebbels akan masuk ke dalam minda khalayak,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bagan Datuk, di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sebaliknya pendekatan kerajaan di bawah kepemimpin­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula adalah memastikan setiap janji ditepati dan apa yang dikata dikota.

Beliau berkata, BN membuat manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan meneliti semula kejayaan menepati janji dibuat menerusi manifesto pada PRU-13.

Katanya, ia dibuktikan apabila Jawatankua­sa Kabinet Meneliti Akujanji Kerajaan Berdasarka­n Akujanji PRU-13 yang dipengerus­ikannya mendapati pencapaian menepati janji itu adalah 99.4 peratus, sekali gus menyerlahk­an komitmen kerajaan BN merealisas­ikan apa dijanjikan.

Ahmad Zahid berkata, ia berbeza dengan manifesto pakatan pembangkan­g yang memberikan janji tidak berpijak di bumi nyata serta tidak munasabah.

Katanya, janji pakatan pembangkan­g seperti menghapusk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak realistik mengakibat­kan kehilangan pendapatan negara serta tidak seimbang daripada aspek kewangan negara.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembinaan MRSM Bagan Datuk yang berkonsepk­an pendidikan Ulul Albab adalah selaras sasaran kerajaan mahu melahirkan 125,000 huffaz profesiona­l menjelang 2050.

“Objektif kita untuk ‘mengulamak­an’ golongan profesiona­l dan ulama diprofesio­nalkan

Manifesto pakatan pembangkan­g beri janji tidak berpijak di bumi nyata

Ahmad Zahid

kerana dalam mengejar dunia, dunia yang lagi satu jangan dilupakan, perlu ada keseimbang­an duniawi dan ukhrawi,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, MRSM Bagan Datuk adalah MRSM Ulul Albab yang ketujuh selepas MRSM di Gemenceh (Negeri Sembilan), Sungai Besar (Selangor), Kepala Batas (Pulau Pinang), Kota Putra (Terengganu), Semporna (Sabah) dan Ketereh (Kelantan).

Katanya, pembinaan MRSM Bagan Datuk di kawasan seluas 14 hektar dengan kos RM130 juta, juga adalah MRSM kesembilan di Perak, selepas MRSM Taiping, Gerik, Lenggong, Pasir Salak, Pengkalan Hulu, Parit, Kuala Kangsar dan Trolak.

Beliau berkata, selain MRSM Bagan Datuk, ada empat lagi MRSM yang akan dibina iaitu MRSM Sik di Kedah, MRSM Bera (Pahang), MRSM Ketereh (Kelantan) dan MRSM Tanah Merah (Kelantan) dengan peruntukan keseluruha­n RM570 juta.

Katanya, sehingga kini ada 54 MRSM di seluruh negara.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Zahid ketika hadir pada Majlis Pecah Tanah MRSM Bagan Datuk, semalam.
AHMAD Zahid ketika hadir pada Majlis Pecah Tanah MRSM Bagan Datuk, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia