Harian Metro

TAKKAN SAYA TUNJUK

-

Kuala Lumpur: “Itu bukan ‘anu’ saya! Takkan saya nak muat naik gambar kemaluan di Internet. Ini semua kerja gila hackers yang sengaja mahu memalukan saya dan mensensasi­kan keadaan,” kata pelakon Zul Ariffin mengenai dakwan mengatakan dia memuat naik foto kemaluanny­a di aplikasi Instagram

Stories miliknya kelmarin.

Zul ketika dihubungi berkata, dia terkedu ketika dimaklumka­n perkara itu oleh rakan dan menganggap tindakan hackers itu sesuatu yang gila.

“Selalunya hackers akan mencuri akaun dan menukar kata laluan, tetapi di Instagram saya mereka memuat naik gambar kemaluan pula.

“Saya tidak tahu nak cakap apa kerana saya tidak tergamak untuk memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan. Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan SMS rakan yang terkejut mengatakan saya berani memuat naik gambar sedemikian,” katanya.

Menurut Zul, sebaik menerima laporan itu dia mengambil langkah awal dengan memadam dan menukar kata laluan sebelum keadaan menjadi lebih parah.

“Kalau kawan saya tidak hubungi pasti banyak lagi gambar yang akan dimuat naik. Saya sudah menukar kata laluan supaya hackers tidak dapat menembusi akaun peribadi saya.

“Agak-agaklah saya nak muat naik gambar kemaluan di Instagram. Saya seorang yang sangat berhati-hati ketika memuat naik gambar kerana media sosial ini segala benda pantas menjadi tular jika ada perkara tidak kena,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ZUL
ZUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia