Harian Metro

MAYA SEMPAT RAKAM ALBUM

Maya Karin muncul dengan lagu duet dan single solo terbaru khusus buat peminat

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Barangkali ada segelintir pihak meragui kemampuan vokalnya dalam bidang nyanyian.

Namun, ia bukan penghalang buat penyanyi dan pelakon popular Maya Karin untuk muncul dengan lagu duet dan single solo terbaru khusus buat peminatnya.

Maya Karin, 37, berkata dia juga merancang untuk menghasilk­an album penuh bersama syarikat rakaman Warner Music tidak lama lagi.

“Sebelum ini, saya lebih fokus untuk menyiapkan dua projek filem terbaru iaitu Munafik 2 dan Olympic Dream.

“Bagaimanap­un, saya difahamkan produser akan mempromosi­kan dua filem itu selepas Ramadan dan Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Sementara menanti dua projek filem itu menjengah pawagam, saya kembali menyiapkan rakaman projek lagu duet dan single solo,” katanya.

Bercerita mengenai projek lagu duet dan single solo baru itu, kata Maya, kali ini dia bakal bekerjasam­a dengan komposer hebat tanah air iaitu Aizat Amdan dan Awi Rafael.

“Saya menimba pengalaman berharga bekerja dengan Aizat dan Awi.

“Setakat ini, saya sudah menyiapkan lagu duet dengan penyanyi

Kaka Azraff dan lagu duet bersama Awi berjudul My One True Love.

“Manakala, single solo ciptaan Aizat belum ada judul lagi. Saya berharap semoga lagu duet dan single solo ini diterima baik peminat apabila dipasarkan selepas raya nanti,” katanya.

Sebelum ini, Maya pernah muncul dengan album Erti Cinta pada 2001, Bukan Qalamaya (2004) dan Teka-Teki (2014).

Selain Bintang Syurga, album Teka Teki turut memuatkan enam lagi lagu seperti Logika, Tersenyum, Teka-Teki, Titi Rahsia, Selamat Tinggal Cinta dan Hanya Sebentar.

Filem Mandarin

Selain filem genre seram Munafik 2, Maya mengakui gementar menanti maklum balas peminat terhadap filem terbaru lakonannya berjudul Olympic Dream.

Filem arahan Don

Hoe itu turut dibintangi Annabelle Tan, Jordan Voon dan ramai lagi.

Dalam filem Olympic Dream, Maya melakonkan watak wanita Melayu.

“Saya satu-satunya pelakon yang bertutur dalam bahasa Melayu untuk filem ini.

“Filem terbitan Full Billion Entertainm­ent ini menampilka­n 60 peratus dialog bahasa Mandarin,” katanya.

Maya tertarik membintang­i filem itu kerana ia mengetenga­hkan semangat kesukanan sepertiman­a Ola Bola.

“Filem ini menampilka­n impian kanak-kanak yang mahu beraksi di Sukan Olimpik menerusi acara badminton.

“Ia juga memberi saya pengalaman berbeza kerana buat kali pertama bekerja dengan produksi Cina tempatan yang mempunyai misi tersendiri dalam karya mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia