Dulu dikeji kini dipuji
Dr Azizon bangkit daripada kemiskinan jadi Pakar Perunding Kanan Patologi
Dia diejek dan dihina rakan sepermainan sejak kecil kerana kecacatan kedua-dua tangannya.
Ketika menjalani latihan perubatan di sebuah hospital kerajaan, ketua jabatan pula menuduhnya tidak menjalankan prosedur sepatutnya kepada pesakit juga disebabkan kecacatannya itu.
Namun, siapa sangka anak bongsu daripada lima beradik itu kini bergelar Pakar Perunding Kanan Patologi (Hematologi) Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) dengan menukar cemuhan dan hinaan masyarakat kepada pembakar semangat untuk berjaya dalam hidup.
Datuk Dr Azizon Othman berkata, penghinaan masyarakat terutama rakan sepermainan menyebabkannya menjadi sangat sedih, kurang berkeyakinan dan sensitif.
“Penghinaan mereka menjadikan saya rendah diri. Namun, saya lawan penghinaan mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Saya akui mengambil masa yang lama untuk menukar penghinaan mereka itu menjadi pembakar semangat.
“Saya nekad mahu buktikan kepada masyarakat bahawa kecacatan dan latar belakang keluarga yang miskin tidak mampu menghalang orang cacat seperti saya untuk berjaya dalam hidup.
“Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, saya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah, Mesir dengan bantuan biasiswa kerajaan,” katanya.
Dr Azizon berkata, sebaik menamatkan pengajian di Mesir, dia menjalani latihan perubatan di sebuah hospital kerajaan.
“Ujian berterusan menimpa apabila ketua jabatan mendakwa kerana kecacatan di tangan akibat pembentukan jari tidak sempurna dan saya tidak boleh menjalankan prosedur sepatutnya ketika merawat pesakit.
“Saya telan penghinaan itu dengan meneruskan latihan obstetrik dan ginekologi di