TANGKAP 8 SERENTAK!
Penduduk trauma lihat kelibat ular berbisa berkeliaran
“Saya masih trauma, kelibat lapan ekor ular yang ditangkap berkeliaran di kawasan rumah masih terbayang di mata,” kata Zainah Embong, 44, dari Kampung Bukit Kuang, Tanggol ketika ditemui, semalam.
Zainah berkata, dia pelik kerana kawasan rumahnya kini dipenuhi pelbagai jenis ular berbisa.
“Minggu lalu lapan ular termasuk tedung selar, sawa tikus dan senduk ditangkap penduduk kampung di kawasan rumah secara serentak.
“Pelik kerana ular berbisa menyelinap masuk ke kawasan rumah serentak dan ia tidak pernah berlaku.
“Saya bernasib baik kerana menyedari kehadiran salah seekor ular itu yang cuba memasuki rumah sebelum meminta bantuan penduduk kampung menangkapnya,” katanya.
Tambahnya, hasil pemeriksaan penduduk di kawasan rumah, bukan hanya seekor ular senduk tetapi turut menemui tujuh lagi ular berlainan jenis di kawasan berhampiran.
“Terbaru, saya dan jiran terserempak lagi ular berwarna hitam dipercayai ular senduk melalui kawasan hadapan rumah namun gagal ditangkap.
“Saya buntu memikirkan masalah ular yang berkeliaran di kawasan rumah malah ternakan seperti ayam dan lembu penduduk juga terancam,” katanya.
Menurutnya, dua bulan lalu seekor anak lembu yang diternaknya hilang sebelum ditemui dibaham seekor ular sawa.
“Bukan sahaja saya tetapi penduduk termasuk jiran juga bimbang memikirkan