Usaha sendiri, bukan ‘anak emas’
Syazuwan hargai setiap peluang tawaran berlakon
“Saya pelakon baru dan masih kurang pengalaman. Jadi, saya tidak mahu meletak harapan tinggi untuk menang dalam pencalonan kategori Aktor Pilihan itu.
“Bagi saya, sudah berjaya dicalon ke tahap sekarang pun adalah rezeki. Mungkin lakonan yang saya persembahkan dalam drama Sein Dan Luna bersama Mimi Lana agak kuat.
“Pastinya saya sangat bersyukur. Selain itu, saya juga diberi kepercayaan sebagai duta DFKL 2018,” katanya.
Pada masa sama, Syazuwan turut dilabel
‘anak emas TV3’. Ditanya mengenai perkara itu, pemilik nama sebenar Muhammad Syazuwan Hassan ini menafikannya.
Menurut anak ketiga daripada lima beradik ini, dia kini giat berusaha membina nama dan membuktikan bakat lakonannya.
“Saya akui memang platform bakat lakonan dicungkil melalui penganjuran DFKL 2016 oleh TV3. Bagaimanapun, untuk mendapatkan peluang berlakon saya memang kena usaha sendiri.
“Bahkan, menerusi setiap tawaran berlakon diterima itu saya perlu menggunakan sebaik mungkin peluang diperoleh untuk buktikan kemampuan bakat dimiliki.
“Saya tidak boleh bersikap sambil lewa dan tidak serius terhadap peluang itu kerana pembabitan dalam bidang lakonan boleh dianggap agak lewat,” katanya.
Menurut Syazuwan, persaingan sesama pelakon juga agak sengit sekarang. Jadi, adalah wajar untuk dia menghargai setiap peluang tawaran berlakon yang diterima.
Apatah lagi, hingga kini Syazuwan juga dilihat ‘bersih’ daripada sebarang gosip, cerita sensasi dan