Harian Metro

Usah panik

 Poad yakin Khairul Hafiz mampu menyinar selepas pamer prestasi hambar di Terbuka Malaysia

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Tiada apa yang perlu dibimbangk­an berhubung prestasi pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang dilihat mula merudum berikutan prestasi hambar di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, minggu lalu.

Itu tegas jurulatihn­ya, Mohd Poad Md Kassim (gambar) yang yakin anak didiknya mampu kembali menyinar dalam acara riben biru itu.

Kata Poad, anak buahnya yang terkenal dengan julukan ‘The Speedy Jantan’ masih mempunyai masa tiga bulan memperbaik­i prestasi sebelum Sukan Asia di Jakarta-Palembang bermula.

“Tiada yang perlu dibimbangk­an. Dia masih ada masa. Khairul maklumkan kepada saya, fokus dia terganggu kerana acara ditangguhk­an terlalu lama dan mendakwa pelari

Sri Lanka itu ‘false start’ kerana memulakan larian terlebih dahulu.

“Tapi pada pengamatan saya mungkin Khairul ada masalah dalaman yang perlu diperbaiki.

“Semoga apa yang terjadi ini akan jadi pengajaran dan pemangkin kepada dirinya untuk lebih bersemanga­t selepas ini,” katanya.

Pada aksi Terbuka Malaysia, Khairul menamatkan saingan acara 100 meter (m) di kedudukan kelima selepas tewas kepada atlet dari Sri Lanka, Vinoj Suranjaya De Silva yang mencatat 10.27 saat (s).

Pemenang rekod kebangsaan itu melepasi garisan penamat dengan catatan 10.64s - catatan terburuk yang pernah dilakarkan selepas bergelar Raja Pecut Asia Tenggara.

Dalam acara 200m pula, Khairul buat kali pertama tewas di tangan rakan senegara, Jonathan Nyepa sekali gus pelari kelahiran Melaka itu sekadar menamatkan saingan dengan pingat gangsa.

Menurut Poad, beliau sangat mengharapk­an barisan pelari di bawah bimbingann­ya diberi peluang menjalani latihan di luar negara dengan Jerman menjadi lokasi pilihan.

Dalam perkembang­an lain, Poad amat berpuas hati dengan peningkata­n pelari muda.

Antara yang menyerlah adalah Abdul Wafiy Roslan, Zulfiqar Ismail, Haiqal Hanafi apabila masing-masing berjaya mencatatka­n masa peribadi terbaik dalam acara 200 dan 400m.

 ??  ?? KHAIRUL Hafiz
KHAIRUL Hafiz
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia