Harian Metro

GST SIFAR MULAI 1 JUN

-

Semua perkhidmat­an dan barang yang dibuat di Malaysia atau diimport tiada lagi GST

Putrajaya: Bekalan barang dan perkhidmat­an yang dibuat di Malaysia serta diimport dengan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar enam peratus akan dikenakan GST pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun ini.

Kementeria­n Kewangan dalam satu kenyataan memaklumka­n, langkah pengenaan GST pada kadar sifar itu terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumka­n kelak.

Menurutnya, penetapan berkenaan tidak meliputi barang dan perkhidmat­an disenaraik­an di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmat­an (Pembekalan Dikecualik­an) 2014 yang kekal dikecualik­an daripada GST.

“Sehubungan itu, semua peniaga berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini.

“Pada masa yang sama, peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluara­n invois cukai, penghantar­an penyata cukai dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input.

“Peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmat­an yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa,” kata kenyataan itu, semalam.

GST yang menggantik­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) mula dilaksanak­an pada 1 April 2015 di bawah pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional (BN).

GST disifatkan sebagai sistem cukai yang lebih telus dan kutipannya meningkat setiap tahun dengan jumlah keseluruha­n kutipan tahun lalu mencecah RM44.3 bilion berbanding RM42 bilion pada 2016 dan RM27 bilion pada 2015.

Bagaimanap­un, kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjanji memansuhka­n GST jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 selepas dilihat membebanka­n rakyat kerana membabitka­n kenaikan harga barang.

Kementeria­n Kewangan berkata, untuk penjelasan lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 8500 atau 03-78067200 (Pusat Panggilan Kastam).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia