Harian Metro

Terlebih pungut

Pembayaran balik kutipan Cukai Barang dan Perkhidmat­an dibuat kepada pihak buat tuntutan

- Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

Kerajaan tetap akan memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) seperti dijanjikan dan pembayaran balik dibuat kepada yang membuat tuntutan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan terdahulu memungut jumlah lebih berbanding jumlah perlu dibayar rakyat.

“GST, Akta Antiberita Tidak Benar serta Akta Majlis Keselamata­n Negara dan beberapa lagi undang-undang distruktur semula,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, penubuhan Kabinet teras terdiri daripada 10 menteri dijangka diumumkan dalam minggu ini.

Dr Mahathir berkata, barisan penuh Kabinet pentadbira­n adalah 25 orang, namun baki kekosongan diisi peringkat demi peringkat.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, slogan 1Malaysia digantikan dengan slogan baru yang bersesuaia­n.

“Kita mungkin tukar slogan lain. Pada waktu ini, kita belum kenal pasti slogan sesuai,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau memulakan tugas di Pejabat Perdana Menteri, minggu depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia