Harian Metro

Tiada siasatan kes hingga 5 pagi

-

Putrajaya: Kerajaan memberi jaminan mana-mana pihak yang ditangkap bagi siasatan kes membabitka­n keselamata­n negara termasuk rasuah dan jenayah tidak lagi disoal siasat sehingga awal pagi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika pemerintah­an kerajaan sebelum ini, individu ditahan disoal siasat sehingga jam 4 hingga 5 pagi sehingga menimbulka­n unsur penderaan.

“Saya ingin menjelaska­n, unsur penderaan dan sebagainya tidak boleh diadakan. Mereka perlu disoal semasa munasabah dan bukan pada 4 pagi atau 5 pagi atau disimpan dalam bilik gelap.

“Banyak cerita yang ditangkap dan dikenakan pelbagai jenis deraan. Kalau ada kematian, kami akan adakan inkues seperti di bawah undang-undang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika di bawah kerajaan sebelum ini, keselamata­n negara dikenakan di mana segala tahanan orang awam yang dibuat tidak akan dihadapkan ke mahkamah dan kalau mereka mati, tidak akan ada inkues.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia