Harian Metro

Teruskan projek ECRL

- Sharifah Mahsinah Abdullah news@nstp.com.my

 MB Kelantan ikrar beri kerjasama jaya projek RM55 bilion

Kerajaan Pusat wajar meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana ia satu keperluan selain membantu perkembang­an ekonomi bagi ketiga-tiga negeri pantai timur termasuk Kelantan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihak kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya jika projek bernilai RM55 billion itu diteruskan.

“Kami akan memberi kerjasama penuh dalam memastikan ia dapat dilaksanak­an. Bagaimanap­un, ia terpulang kepada Kerajaan Pusat sama ada ingin meneruskan atau tidak projek itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah Exco di Istana Kota Lama di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad yang mengangkat sumpah Menteri Besar pada Khamis lalu berkata, ahli Exco yang tidak dipilih bukan bermakna mereka disingkirk­an.

“Semua ahli Exco saya yang lalu berbakat dan berjaya menjalanka­n tugas mereka dengan baik, tetapi mereka ada tugas yang lebih penting untuk dibuat seperti dalam parti dan juga dalam syarikat milik kerajaan (GLC),” katanya.

Ahmad memberi contoh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah yang tidak dipilih sebagai Exco kerana beliau perlu memberi tumpuan kepada masyarakat Cina.

Empat muka baru antara 10 Exco Kelantan yang mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Mereka ialah ADUN Selising, Tuan Saripudin Tuan Ismail, Azami Mohd Nor (Kadok), Dr Izani Husin (Kijang) dan ADUN Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat.

 ??  ??
 ?? Ahmad Yakob ?? Kami akan memberi kerjasama penuh dalam memastikan ia dapat dilaksanak­an”
Ahmad Yakob Kami akan memberi kerjasama penuh dalam memastikan ia dapat dilaksanak­an”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia