Harian Metro

Tun Mahathir masuk pejabat minggu depan

-

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya memaklumka­n akan memasuki Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Bangunan Perdana Putra, Presint 1 di sini, minggu depan.

Beliau memaklumka­n perkara itu pada sidang media di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, semalam.

Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-7, Khamis lalu, Dr Mahathir belum lagi memasuki PMO, sebaliknya beliau lebih selesa mengendali­kan urusan kerajaan dari pejabat lamanya yang terletak di Presint 8, di sini.

Malah, beliau juga banyak mengadakan siri pertemuan dengan pelbagai pimpinan parti Pakatan Harapan (PH), pemimpin korporat dan pegawai tertinggi kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia