Harian Metro

Tamat khidmat pegawai kontrak

-

Kerajaan semalam memutuskan kontrak perkhidmat­an bagi pegawai dan kakitangan awam lantikan politik ditamatkan serta-merta.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya mendapati terlalu ramai pegawai kontrak dilantik bagi keperluan politik dan pentadbira­n ketika pemerintah­an kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, penamatan pegawai dan kakitangan kontrak bagi mengurangk­an perbelanja­an kerajaan dan mengelak pembaziran.

“Kami mendapati seramai 17,000 pegawai dan kakitangan awam berstatus kontrak dilantik dan ada antara mereka sudah tamat kontrak dan akan ditamatkan kontrak.

“Terlalu banyak pegawai kontrak dilantik sama ada untuk keperluan politik dan keperluan pentadbira­n,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menyelesai­kan isu berkenaan terlebih dahulu kerana ia boleh membebanka­n perbelanja­an kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia