Harian Metro

Sebab sebenar Gani Patail diberhenti

-

Putrajaya: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dikatakan sedang membuat persediaan mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MBD) sebelum beliau digantikan pada 2015.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan itu dibuat Abdul Gani dalam pertemuan mereka di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, kelmarin.

“Saya tanya kenapa beliau (Abdul Gani) diberhenti­kan sebagai Peguam Negara pada 2015.

“Beliau (Abdul Gani) mendakwa sedang membuat persediaan mendakwa Najib tetapi anda tahu apa yang berlaku. Pagi itu, beliau diberhenti­kan daripada jawatannya,” katanya pada sidang media di YKP di sini, semalam.

Abdul Gani sebelum ini dilaporkan diberhenti­kan atas sebab kesihatan dan digantikan dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Bagaimanap­un, Dr Mahathir berkata, tiada dokumen dikemukaka­n Abdul Gani dalam pertemuan itu, cuma beliau memaklumka­n perkara itu secara lisan.

Ditanya sama ada kontrak Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan dipendekka­n kepada 14 Jun kerana berlaku salah laku, Dr Mahathir berkata, kerajaan masih melakukan siasatan. dan tindakan tertentu perlu diambil bagi melicinkan proses siasatan.

Ditanya sama ada Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan didakwa kerana dikatakan melewat-lewatkan pengumuman keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14, Perdana Menteri berkata, individu berkenaan tidak membuat kesalahan.

“Proses biasa akan dilakukan bagi tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan saja.

“Saya tidak boleh tangkap dan campak beliau (Mohd Hashim) ke penjara, itu bukan tindakan sepatutnya,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Gani
ABDUL Gani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia