Harian Metro

‘Jelas ada banyak penyelewen­gan’

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumka­n jelas terdapat lebih banyak kesalahan dan penyelewen­gan dalam skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) berbanding diketahui umum sebelum ini.

Perdana Menteri berkata beliau sudah mendapat taklimat daripada pihak polis termasuk membaca laporan pengaudita­n yang sudah dikelaskan sebagai dokumen terbuka, kelmarin.

“Kita akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis. Apabila sampai tahap kita boleh membuat tangkapan, kita akan tangkap mereka yang bersalah.

“Tiada beza antara orang tertentu (pangkat dan kedudukan) untuk didakwa,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, laporan pengaudita­n 1MDB yang pernah dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016 kini sudah boleh dirujuk orang ramai.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi kerajaan untuk membawa pulang wang berkaitan 1MDB yang berada di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Switzerlan­d dan Singapura.

“Sebab itu kita hubungi negara terbabit untuk kita dapatkan semula duit yang ada pada mereka. Kita buat kenyataan bahawa wang itu milik Malaysia dan 1MDB dan kita akan pohon wang itu dikembalik­an,” katanya.

“Jumlahnya agak besar dan ini akan menolong kita dalam menyelesai­kan pelbagai jenis hutang,” katanya.

Beliau berkata, jumlah sebenar keseluruha­n wang berkenaan di luar negara masih belum dapat diketahui lagi tetapi di AS sahaja memiliki jumlah terbesar iaitu AS$4.5 bilion (RM18.83 bilion).

 Jho Lo diarah serah Equannimit­y bernilai

RM991 juta kepada

Amerika Syarikat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia