Harian Metro

Pengampuna­n selaras Perlembaga­an

-

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V, berkenan memberi pengampuna­n penuh kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa serta-merta semalam.

Pembebasan serta-merta Anwar berkuat kuasa mulai tarikh persidanga­n Mesyuarat Lembaga Pengampuna­n Bagi Wilayah-Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, pembebasan Anwar dibuat selaras Perkara 42 Perlembaga­an Persekutua­n oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Lembaga Pengampuna­n Wilayah-Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Rayuan pengampuna­n penuh Anwar dibentang dan dipertimba­ngkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampuna­n bagi Wilayah-Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei 2018,” katanya dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia