Harian Metro

Tak tamat perkhidmat­an

-

Semua pengerusi jawatankua­sa masjid dan Kawasan Rukun Tetangga tidak ditamatkan perkhidmat­an mereka walaupun kerajaan negeri kini ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya berbincang dengan Menteri Besar Aminuddin Harun mengenai kedudukan mereka yang menjawat jawatan itu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak menamatkan khidmat mereka serta-merta walaupun dilantik kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, mereka boleh meneruskan tugas masing-masing hingga suatu tempoh ditetapkan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an kek sempena Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang dan SK Seri Pagi di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia