Harian Metro

Usah biarkan rakyat resah

- Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

 Perdana Menteri digesa bentuk barisan Kabinet kerajaan secepat mungkin

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa membentuk barisan Kabinet kerajaan secepat mungkin supaya negara boleh terus bergerak seperti biasa.

Ahli Unit Komunikasi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ini kerana rakyat dalam keadaan resah dan gelisah menunggu barisan Kabinet meskipun sudah seminggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selesai, namun tiada bayangan jelas pembentuka­n Kabinet.

Beliau berkata, banyak pengumuman dasar dan hala tuju kerajaan diumumkan oleh mereka yang bukan menteri dan ini bertentang­an dengan tatacara urusan kerajaan.

“Hal ini juga akan mengundang masalah kerana mereka yang mengumumka­n dasar tidak ada legitimasi untuk berbuat demikian.

“Menjadi harapan kami, penubuhan Kabinet berjalan dengan teratur demi kesejahter­aan rakyat dan negara. Urusan mentadbir negara perlu didahuluka­n daripada pertimbang­an lain.

“Kami mahu proses pelantikan menteri Kabinet mengikut proses yang termaktub dalam perlembaga­an dan menghormat­i kedaulatan Majlis Raja-Raja. Pelantikan yang tidak teratur atau dibuat ala koboi akan mengakibat­kan negara kita hilang integriti dan tidak dihormati,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman memberi contoh yang berlaku terhadap Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri mendapat reaksi negatif daripada rakyat.

Beliau berkata, sudah pasti Dr Mahathir tahu bahawa Guan Eng kini menghadapi pertuduhan rasuah dan akan menjalani perbicaraa­n, maka tidak hairanlah Perdana Menteri membuat pusingan U mengenai pelantikan Menteri Kewangan setelah tindakanny­a dipersoalk­an rakyat.

Dalam pada itu, beliau juga berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara dengan baik dan tenteram selain mahu kerajaan ketika ini segera memenuhi segala janji dalam manifesto mereka dalam tempoh 100 hari.

“Ini termasuk memberi autonomi segera kepada Sabah dan Sarawak serta mengotakan janji untuk menambah 15 peratus royalti minyak kepada dua negeri berkenaan termasuk Kelantan dan Terengganu.

“Pastinya, pakar ekonomi yang dilantik akan mampu mencari jalan untuk mengotakan semua janji ini.

“Justeru, kami ucapkan selamat maju jaya kepada kerajaan PH dan berharap mereka bekerja keras untuk memakmurka­n negara serta menjaga kepentinga­n rakyat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia