Harian Metro

KAU TEGUR AKU BAKAR

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@nstp.com.my

 Hampir 100 motosikal musnah angkara remaja buat bising

Subang Jaya

Tidak berpuas hati ditegur penduduk kerana membuat bising dipercayai menjadi punca sekumpulan remaja bertindak membakar hampir 100 motosikal yang diletakkan di kawasan parkir tingkat bawah Blok F, Pangsapuri Angsana, Taman Subang Mewah, USJ 1 di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 2.30 pagi itu turut menyebabka­n beberapa kemudahan di pangsapuri itu rosak ekoran bahang api kebakaran.

Ketua Cawangan Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cawangan Zon Petaling Jaya, Abdul Halim Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.59 pagi sebelum sepasukan 26 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dan Petaling Jaya bergegas ke lokasi.

“Pihak kami berjaya mengawal kebakaran namun lebih 90 motosikal hangus dijilat api. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad

 ??  ?? ANGGOTA Unit Forensik Bomba menjalanka­n siasatan di Pangsapuri Angsana, semalam.
ANGGOTA Unit Forensik Bomba menjalanka­n siasatan di Pangsapuri Angsana, semalam.
 ??  ?? ANGGOTA bomba menjalanka­n siasatan di lokasi kebakaran.
ANGGOTA bomba menjalanka­n siasatan di lokasi kebakaran.
 ??  ?? PEKERJA Mydin Mart menampal notis premis ditutup sementara.
PEKERJA Mydin Mart menampal notis premis ditutup sementara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia