Harian Metro

Pukul bapa, masuk Hospital Bahagia

-

Seorang penganggur yang mengaku mencederak­an bapanya dengan tukul dan pisau diperintah menjalani pemeriksaa­n mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membuat keputusan itu terhadap tertuduh Mehamad Salmi Che Kob, 34, mengikut Seksyen 342 (3) Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah menetapkan 11 Jun depan untuk meneliti laporan perubatan mangsa.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan parah bapa kandungnya, Che Kob Husin, 66, dengan tukul dan menetak dengan pisau pemotong daging.

Kesalahan itu dilakukan di dapur rumah yang masih dalam pembinaan di Kampung Kuala Besar, di sini pada jam 10 pagi, 5 April lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan, anak kandung yang dipercayai menetak bapanya hingga parah ditahan polis di Jalan Dusun Muda, di sini, jam 12.45 tengah hari, pada 5 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, dipetik berkata kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa mahu membaiki bilik suspek dan kemudian dimarahi kerana masuk ke dalam biliknya tanpa kebenaran sebelum berlaku pertengkar­an antara kedua-duanya.

Siti Hajar ketika ditemui berkata, sepatutnya semalam ditetapkan untuk prosiding jatuh hukum selepas tertuduh mengaku salah pada 12 April lalu.

“Bagaimanap­un ahli keluarga membuat permohonan supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaa­n mental,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia