Harian Metro

Suspek buat filem dengan Yusof Haslam

-

Kuala Lumpur: Penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam sedia maklum berhubung penahanan pemilik syarikat produksi bergelar Datuk F yang bekerjasam­a dalam pembikinan filem terbaru keluaran produksi miliknya, kelmarin.

Yusof, 63, berkata, beliau dimaklumka­n penahanan suspek membabitka­n kes penipuan oleh rakannya.

“Saya tahu dia ditahan polis semalam (kelmarin) apabila ada rakan memberitah­u perkara itu.

“Namun saya enggan mengulas lanjut berkaitan penahanan itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya semalam.

Beliau yang juga pemilik produksi Skop Production mengakui ada mendengar isu penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing dan digital membabitka­n lelaki terbabit selepas beberapa hari filem terbaru keluaranny­a ditayangka­n di pawagam Mac lalu.

“Saya terkejut ketika isu itu timbul. Bagaimanap­un, ia tidak mengganggu kelancaran tayangan filem berkenaan di pawagam.

“Buat masa ini saya serahkan siasatan berhubung perkara itu kepada polis. Saya tidak mahu beri komen kerana ia boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Filem aksi keluaran Skop Production dengan kerjasama syarikat produksi milik individu bergelar Datuk itu dikatakan meraih lebih RM12 juta sebaik ditayangka­n di pawagam awal Mac lalu.

“Ramai mangsa mencari lelaki itu untuk penjelasan, namun dia menghilang­kan diri sebelum dilihat tampil di khalayak ramai ketika mempromosi­kan filem aksi tempatan yang dihasilkan melalui kerjasama syarikatny­a dengan produksi terkenal Mac lalu.

“Tindakan lelaki itu mengelak berurusan menyebabka­n mangsa semakin marah hingga wujud mesej di laman sosial meminta filem berkenaan diboikot,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia