Harian Metro

Kuih raya dari tirai besi

-

Sempena musim perayaan yang bakal menjelma, 50 banduan dari Penjara Alor Setar dan Penjara Pokok Sena mula sibuk menyediaka­n kuih raya untuk dijual.

Mereka mampu meraih hampir setengah juta ringgit setiap tahun hasil daripada kuih raya dijual.

Pengarah Penjara Negeri Kedah, Mohd

Sobri Yaacob berkata, sasaran jualan itu mampu dicapai apabila Penjara Pokok Sena berupaya menghasilk­an jualan lebih RM300,000 manakala Penjara Alor Setar sebanyak RM160,000.

“Produk kuih raya di dua penjara ini adalah buatan tangan menggunaka­n bahan berkualiti bagi memastikan ia setanding kuih raya di luar kami juga hanya menggunaka­n mentega bagi menjaga kualiti dan rasa kuih.

“Menariknya, kuih yang dihasilkan Jabatan Penjara dijual pada harga antara 20 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya ketika ditemui di Penjara Alor Setar, di sini.

 ??  ?? BANDUAN penjara Alor Setar menyediaka­n kuih raya.
BANDUAN penjara Alor Setar menyediaka­n kuih raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia