Harian Metro

Seekor lembu ‘licin’ empat jam

-

Alor Setar: Ramadan memberi rezeki berganda kepada peniaga daging, Mohd Ramzi Abidin, 57, apabila daging lembu tempatan dijual di gerainya habis dalam tempoh beberapa jam saja.

Dia yang hampir 30 tahun berniaga di gerai daging di Jalan Hutan Kampung dekat sini, menjangkak­an tempahan daging bertambah menjelang Aidilfitri.

“Walaupun mendapat banyak tempahan, saya terpaksa menolaknya kerana seperti tahun sebelumnya, saya tidak menang tangan melayan pelanggan yang sanggup datang awal ke gerai.

“Seperti hari ini (semalam), bekalan daging dilapah daripada seekor lembu habis dalam tempoh empat jam iaitu dari 7 hingga 11 pagi berbanding pada kebiasaann­ya sehingga tengah hari atau petang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Ramzi berkata, antara yang menjadi tumpuan pelanggan adalah daging batang pinang yang dijual pada harga RM34 sekilogram manakala tulang dijual dengan harga RM30 sekilo, sementara limpa dan hati RM34 sekilo.

Dia berkata, biasanya dia hanya mampu menjual sebelah paha lembu saja disebabkan permintaan yang kurang daripada penduduk.

“Setiap tahun pada awal Ramadan, saya menyediaka­n dua lembu untuk dilapah kerana ramai pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.

 ??  ?? MOHD Ramzi memotong daging yang mendapat permintaan tinggi menjelang Ramadan di Jalan Hutan Kampung.
MOHD Ramzi memotong daging yang mendapat permintaan tinggi menjelang Ramadan di Jalan Hutan Kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia