Harian Metro

Korban masa depan

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali cnews@nstp.com.my

 Abang berhenti sekolah beri laluan tiga adik teruskan pembelajar­an

Kesusahan hidup dialami ibu tunggal dan enam anaknya menyebabka­n seorang daripada mereka terpaksa berhenti sekolah sejak hampir setahun lalu.

Pengorbana­n yang dilakukan Faris Daniel Zul Azli, 14, untuk berhenti sekolah bagi memberi laluan kepada tiga adiknya yang lain untuk meneruskan pembelajar­an.

Tiga beradik yang masih belajar itu juga bergilir-gilir ke sekolah berikutan masalah kewangan dialami ibu tunggal berkenaan, Norlida Mohd Noor, 32, selepas bercerai dengan suaminya, Zul Azli Che Hassim, 34, lebih setahun yang lalu.

Norlida yang tinggal di Kampung Batu 6 Jalan Sabak, Pengkalan Chepa di sini, berkata, akibat kesusahan hidup itu, Faris Daniel berkorban masa depan dan bekerja sebagai tukang cuci kereta dengan gaji sekitar RM100 seminggu.

Katanya, tiga anaknya yang lain, Firdaus Daniel, 13, Nuraishah Damia, 8, dan Nursuci Mutiah, 6, kadangkala pergi ke sekolah tanpa wang saku serta dua lagi anaknya, Nurkasih Amsya, 4, dan Ammar Yussof, 2, dijaganya di rumah.

Norlida berkata, masalah kewangan juga menyebabka­n dia tidak dapat membuat surat beranak anak bongsunya.

“Jika dahulu saya bekerja sebagai tukang cuci di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa dengan gaji RM700 sebulan, namun sejak lima bulan lalu terpaksa berhenti kerja kerana sukar untuk meninggalk­an dua anak yang masih kecil termasuk yang bongsu yang masih menyusu badan.

“Ketika saya bekerja, anak kedua dan ketiga menjaga dua adiknya yang masih kecil serta pernah anak bongsu saya keluar rumah dan bermain di tepi jalan utama. Kejadian itu menyebabka­n saya takut dan mengambil keputusan berhenti kerja.

“Akibatnya kami kini kesempitan hidup dan hanya bergantung kepada bantuan wang daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini. Menurutnya, mereka sekeluarga hanya menikmati nasi dengan budu dan telur saja setiap hari kerana tidak mampu untuk membeli ikan atau ayam.

Namun katanya, enam anaknya mengerti mereka hidup susah apabila tidak pernah merungut dan makan apa yang ada termasuk mendapat bantuan daripada jiran tetangga.

“Rumah yang kami tinggal ini sepatutnya perlu disewa RM100 sebulan, namun pemiliknya memberi kami duduk secara percuma kerana memahami masalah yang dihadapi,” katanya.

Norlida berharap dia dapat kembali bekerja untuk membesarka­n enam anak termasuk yang sulung bagi meneruskan persekolah­an demi masa depan mereka.

 ??  ?? NORLIDA bersama empat anaknya yang terpaksa menumpang berteduh di sebuah rumah usang sejak setahun lalu di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa.
NORLIDA bersama empat anaknya yang terpaksa menumpang berteduh di sebuah rumah usang sejak setahun lalu di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia