Harian Metro

Aiskrim Captain America

- Roselan Ab Malek dan Nazirul Roselan cnews@ nstp.com.my

 Peniaga tarik perhatian murid SK FELDA Kota Gelanggi 1

Kehadiran adiwira Captain America memeriahka­n lagi sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Kota Gelanggi 1 di sini, semalam.

Peniaga aiskrim, Mohd Rafiq Rusli, 31, menjadi tumpuan warga sekolah berkenaan apabila muncul dengan lengkap berpakaian America.

Mohd Rafiq berkata, pengurusan sekolah itu menempah 400 kon aiskrim daripadany­a sempena sambutan Hari Guru kali ini.

“Saya memang ada kostum Captain America dan ini peluang terbaik untuk memakainya, sekali gus bagi memeriahka­n sambutan Hari Guru. Saya seronok apabila murid mula menyerbu untuk bergambar sebaik melihat kehadiran saya di sekitar dewan sekolah.

“Pakaian adiwira itu turut

seperti

Captain menjadi tarikan utama pelanggan apabila berniaga di pasar malam dan Saya juga selalu menerima tempahan untuk majlis tertentu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Guru Besar sekolah berkenaan, W Shamsulbah­ari Mamat berkata, pihaknya memilih tema pakaian ala Arab dan bersesuaia­n dengan kehadiran Ramadan hari ini.

“Acara sambutan Hari Guru yang bertemakan Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan dimulakan dengan sukaneka dan diikuti dengan membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

Sementara itu, seramai 32 guru SK Pedah, dekat ini, berpakaian seperti raja dan permaisuri sempena tema Kesultanan Melayu bagi mendaulatk­an institusi diraja sempena sambutan Hari Guru.

Guru Besarnya, Ayub Yusoff berkata, tema kesultanan Melayu itu dipilih kerana ingin memberitah­u pelajar Malaysia mengamalka­n sistem Raja Berpelemba­gaan.

“Institusi diraja perlu dipelihara dan kami sebagai guru perlu memupuk rasa hormat kepada institusi berkenaan dengan menterjema­hkan dengan menggayaka­n busana diraja ini.

“Jadi, ada guru berpakaian songket, bersampin, bertanjak bagi guru lelaki manakala guru wanita berbaju kurung songket, berselenda­ng dan bersanggul di kepala di mana pakaian berkenaan pakaian rasmi raja Melayu lama,” katanya.

 ??  ?? GURU Farid Razali mengenakan pakaian pahlawan bersama muridnya di SK Pedah.
GURU Farid Razali mengenakan pakaian pahlawan bersama muridnya di SK Pedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia