Pulut kuning 10 meter
Pulut kuning sepanjang 10 meter selain kereta MG Sport keluaran tahun 60-an antara tarikan sambutan Hari Guru dan Majlis Persaraan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Onn di Simpang Lima
Peserai di sini, semalam.
Pengetuanya, Fauzan Sukimin berkata, program itu bagi meraikan 131 guru selain majlis persaraan dirinya yang menamatkan perkhidmatan pada 9 Mei 2019.
“Kami memesan pulut kuning ini daripada pembuat kuih berdekatan sebagai gimik sambutan hari guru tahun ini selain simbolik perpisahan untuk saya.
“Antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan apabila perlu menaiki pacuan empat roda 100 kilometer menuju SMK Bingkor Keningau, Sabah,” katanya.