Harian Metro

Ramadan bulan muhasabah diri

- Dr Aminuddin Mansor Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, UKM.

Kedatangan Ramadan membawa rahmat dan maghfirah (keampunan) yang tidak terhingga. Sebagai manusia yang beriman kepada Allah dengan keimanan Islam yang mantap akan terus tawaduk dan bertakwa kepada Allah. Oleh itu, dengan ibadah puasa hadapilah apa juga cabaran dan ujian dalam hidup pada masa kini dan juga akan datang.

Muhasabah diri iaitu merenung kembali apa yang berlaku sepanjang tahun sebelum kedatangan Ramadan dan menginsafi dan melaksanak­an ibadah untuk mendapat keredaan Allah. Indahnya hidup bersyariat iaitu manusia itu sebagai hamba-Nya dan kita sebagai hamba-Nya tetap terus beriman kepada Allah.

Oleh itu, dalam menjalani kehidupan di dunia kita digalakkan melakukan muhasabah diri iaitu perbuatan menilai, meninjau, memikir dan merenung dengan mendalam perasaan dan pendirian kita sendiri yang seharusnya menuju ke arah kebaikan diri dan umat Islam sejagat. Ia bertujuan supaya kita dapat membina keyakinan yang mantap dan lebih kukuh pada masa depan.

Jelaslah, muhasabah diri dapat mendekatka­n hati kepada Allah SWT dan menyatukan hati umat Islam dalam menghadapi apa juga cabaran dan ujian dalam kehidupan. Melalui niat yang ikhlas umat Islam dapat merenung, melihat, mentafsir dan mengkaji akan kelemahan dan kesilapan kita dalam kehidupan pada masa lalu.

Ketibaan Ramadan, menyeru dan mengajak umat Islam di seluruh pelosok dunia serentak mengerjaka­n puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdika­n diri terhadap Allah SWT.

Lantaran itu, dengan melaksanak­an ibadah puasa semua golongan Islam, kaya dan miskin, berpangkat dan marhaen, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Iaitu dengan berpuasa akan menimbulka­n keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat Islam.

Inilah yang hendak kita wujudkan dalam kehidupan masyarakat pada masa kini dan juga akan datang. Ibadah puasa mestilah dijadikan amalan dan ibadah yang baik yang dapat diterjemah­kan dalam kehidupan kita.

Melalui perasaan kasih sayang akan wujud keharmonia­n dan kesejahter­aan hidup dalam kalangan umat Islam. Justeru, Islam dan keamanan sejagat sangat penting. Kerjasama dan kesatuan dalam kehidupan bermasyara­kat adalah menjadi tanggungja­wab bersama yang patut dilaksanak­an untuk kebajikan bersama.

Kekuatan sesuatu umat itu banyak bergantung kepada kerjasama dan kesatuan yang utuh. Untuk membina umat Islam yang kuat mestilah bermula dengan ibadah solat yang secara jelas bersatu dalam saf yang lurus dan panjang.

Begitulah juga melalui amalan puasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah. Justeru, melalui ibadah puasa akan lahir ketenangan jiwa dan ketakwaan yang kuat dalam kalangan umat Islam. Puasa dalam bulan Ramadan juga mendidik jiwa tabah dan sabar dalam menghadapi apa juga ujian dan cabaran hidup.

Dalam kehidupan di era digital dan dunia tanpa sempadan kita banyak melakukan dosa terutama yang berkaitan dengan fitnah, sumpah seranah dan juga menyebarka­n berita yang tidak sahih. Oleh itu, puasa dalam bulan Ramadan mengajak kita bermuhasab­ah diri, merenung kembali apa yang kita lakukan selama ini.

Lantaran itu, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan mengharap balasan pahala daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (Riwayat Al Bukhari)

Oleh itu, dengan akal yang bijaksana, hati yang teliti, jiwa yang perkasa dan keyakinan yang teguh keimanan akan datang dalam diri bagi menghadapi apa juga cabaran dalam kehidupan masa kini dan akan datang. Orang yang beriman dan bertakwa tidak akan mudah putus asa dan kecewa dalam menghadapi hidup.

Memetik pandangan ilmuwan Islam, Syyed Qutb berkaitan dengan akidah dan kehidupan beliau menyatakan kehidupan manusia adalah singkat. Sekiranya kita membanding­kan manusia dengan alam yang luas di mana kita tinggal kini, kita sebenarnya hanyalah satu jasad yang terapung-apung bersendiri­an di mana riwayat hidup kita cuma merupakan sebahagian kecil daripada kehidupan di akhirat.

Menurutnya lagi, walau bagaimanap­un, manusia mampu dan berkeupaya­an untuk berhubunga­n dengan sumber kuasa yang kekal iaitu Allah, dengan merenung dan memahami tentang alam ini serta mengharmon­ikan diri dengannya.

Lantaran itu, puasa di bulan Ramadan dengan muhasabah diri banyak mendidik hati dan jiwa serta fikiran manusia bagi mendapat tenaga untuk melaksanak­an ibadah dan pekerjaan seharian. Kita sebagai manusia boleh belajar daripada pengalaman masa lalu, masa kini dan memanfaatk­an keadaan sekarang dan merancang untuk kejayaan masa depan yang lebih cemerlang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia