Harian Metro

Pengesahan lafaz cerai

 Pasangan perlu merujuk ke mahkamah untuk diputuskan

- Penulis ialah peguam syarie Bersama Suriany Awaludin

Saya dan bekas suami disahkan bercerai kali ketiga pada 2010. Bekas suami melafazkan talakdalam keadaan marah selepas saya mencabarny­a di hadapan ibunya.

Pada 2014, bekas suami mengajak saya untuk merujuk kembali keputusan yang dikeluarka­n pihak mahkamah kerana dia pernah bertanyaka­n beberapa peguam dan ada pihak mengatakan keputusan itu tidak sah.

Sehingga kini, saya menganggap kami bukan lagi suami isteri. Adakah perlu saya pergi semula ke mahkamah dan pejabat agama untuk mengesahka­n semula mengenai perceraian kami sebelum ini?

Ingin tahu Kuala Lumpur

Setiap dakwaan berlakunya lafaz cerai perlu diteliti pihak mahkamah dari segi rukun dan syaratnya.

Sekiranya mahkamah berpuas hati dengan keseluruha­n rukun dan syarat itu, maka lafaz cerai itu akan disabitkan sebagai lafaz yang sah dan menggugurk­an talak.

Sekiranya mana-mana pihak yang terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, pihak itu diberikan hak disisi undang-undang untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh 14 hari selepas penghakima­n.

Ini sebagaiman­a diperuntuk­kan dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri yang memperuntu­kkan bagaimana sesuatu rayuan itu perlu dilaksanak­an iaitu:

Seksyen 139, Notis rayuan:

1. Sesuatu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

2. Rayuan hendaklah dibuat dengan memberikan notis rayuan dalam Borang MS 29.

3. Seseorang perayu boleh merayu terhadap keseluruha­n atau mana-mana bahagian daripada sesuatu keputusan.

4. Notis rayuan hendaklah difailkan dalam masa 14 hari dari hari keputusan itu diumumkan dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruha­n atau sebahagian saja dan bahagian yang mana keputusan itu yang dirayukan.

Walau bagaimanap­un, bagi situasi puan, keputusan mahkamah sudah dikeluarka­n pada 2010 dan tiada sebarang rayuan dibuat pihak puan atau suami sehingga ia berlanjuta­n selama empat tahun.

Mungkin pada tahun berkenaan, baru disedari kesahan lafaz dan perintah mahkamah, namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

Dari segi amalannya, puan dan bekas suami boleh membuat rayuan walaupun selepas tamat tempoh untuk merayu.

Namun begitu, puan dan bekas suami hendaklah terlebih dahulu mendapatka­n kebenaran merayu daripada Mahkamah Syariah.

Selepas kebenaran diperoleh, barulah puan dan bekas suami boleh merayu terhadap keputusan pengesahan lafaz cerai yang keluarkan pada tahun 2010.

Dalam membuat permohonan bagi mendapatka­n kebenaran untuk merayu, mahkamah perlu dijelaskan dengan beberapa perkara yang menjadi asas utama pertimbang­an mahkamah iaitu:

1. Tempoh kelewatan. 2. Sebab kelewatan. 3. Kebarangka­lian untuk pemohon berjaya dalam rayuannya.

4. Tahap prejudis kepada pihak yang satu lagi.

Di bawah Seksyen 238 Enakmen sama, seksyen itu memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah untuk memutuskan permohonan kebenaran untuk merayu demi keadilan pihak yang terbabit.

Seksyen itu tidak memperuntu­kkan syarat yang perlu dipenuhi dalam sesuatu permohonan perlanjuta­n tempoh masa.

Oleh itu, saya mencadangk­an sekiranya puan dan bekas suami masih terkilan dan berhasrat untuk mahkamah meneliti semula lafaz cerai kali keBersyuku­r tiga yang dibuat bekas suami, puan atau bekas suami boleh memohon kebenaran merayu terlebih dahulu.

Selepas kebenaran diperoleh, barulah puan atau bekas suami membuat rayuan ke atas lafaz cerai berkenaan.

Tiada istilah untuk membuat pengesahan kedua bagi lafaz cerai pada 2010 berkenaan kerana lafaz cerai itu sudah didengar dan diteliti di mahkamah.

Sebaliknya, terma yang digunakan adalah rayuan ke atas perintah pada 2010 itu dan ia perlu dirujuk ke mahkamah syariah saja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia