Harian Metro

Nafi De Fam berpecah

-

Kuala Lumpur: Anggota De Fam, Azira Shafinaz menafikan kumpulan itu di ambang perpecahan selepas mereka membawa haluan sendiri sejak kebelakang­an ini.

Azira, 27, berkata, dia bersama dua lagi anggota De Fam iaitu Manggis dan Sophia sibuk dengan kerjaya solo masing-masing, namun masih aktif dengan De Fam yang tidak akan dibubarkan.

“De Fam masih kukuh, malah kami kerap diundang menjayakan pelbagai tawaran persembaha­n. Cumanya sekarang kami masing-masing ada projek sendiri yang mana sebenarnya sangat bagus untuk kelancaran kerjaya masing-masing. Saya sibuk berlakon, Manggis juga sudah mula berlakon manakala Sophia muncul dengan lagu baru bersama Sakura Band.

“Mungkin jika Manggis memiliki cahaya mata suatu hari nanti, kami hormat keputusann­ya jika dia mahu fokus kepada keluarga. Namun buat masa sekarang, memang tiada langsung alasan untuk kami berpecah,” katanya.

 ??  ?? AZIRA
AZIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia