Jangan tulis bukan-bukan
Shah Alam: Penyanyi Anuar Zain meminta supaya netizen tidak menulis perkara negatif dan membuat spekulasi mengenai situasi rumah tangga kakaknya, Ziana Zain.
Anuar berkata, tindakan segelintir netizen menulis sesuka hati di media sosial adalah kurang ajar.
“Mereka menulis dan memuat naik sesuatu di media sosial tanpa usul periksa dan saya boleh katakan kurang ajar.
Mereka suka menulis bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkal.
“Kalau boleh, hormat kakak saya dan situasi dihadapinya sekarang,” katanya.
Anuar berkata demikian ketika hadir menemani
Ziana di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, kelmarin untuk sebutan kes perceraiannya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri selepas memfailkan penceraian pada 3 April lalu.