Harian Metro

Rimas simpan jambang Nak ucap tahniah bukan pikat Saddiq

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

 Zul tayang tubuh demi watak peninju seni bela diri dalam filem Sangkar

Pelakon Zul Ariffin tidak kisah dengan dakwaan tubuh sasanya dieksploit­asi sekali lagi dalam filem aksi terbarunya berjudul Sangkar.

Zul berkata, dia terpaksa beraksi ‘separuh bogel’ untuk merealisas­ikan wataknya sebagai peninju seni bela diri campuran (MMA) dalam filem itu.

“Biar orang cakap saya nak jual tubuh pun kerana ia keperluan watak dilakonkan. Bukan saya sengaja mahu tayang badan untuk raih publisiti,” katanya.

Menurut Zul, dia juga perlu menyimpan jambang untuk menjiwai watak terbabit.

“Saya rimas dengan imej berjambang ini, tapi ia perlu kerana tuntutan watak. Setakat ini, saya giat menjalani latihan intensif untuk watak itu,” katanya.

Dalam filem

Sangkar arahan Kabir

Bhatia dan terbitan Prime

Works Studios itu, Zul berganding­an dengan Remy Ishak dan Mira Filzah.

Pelakon yang memenangi kategori Aktor Pilihan

Drama Festival Kuala

Lumpur 2018

(DFKL2018) juga gembira kerana filem genre aksi semakin mendapat tempat dalam bidang perfileman tanah air.

“Semakin ramai penerbit berani menerbitka­n filem genre aksi ketika ini. Saya juga melihat ia peluang yang baik untuk pelakon seperti saya mendapat tempat dalam industri seni tanah air,” katanya. Kuala Lumpur: “Saya sudah mengenali Saddiq dua tahun lalu. Tiada hubungan istimewa antara kami,” kata pelakon Emma Maembong menafikan dakwaan pengikutny­a di Instagram kononnya dia cuba mengambil kesempatan untuk menjalin hubungan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Emma ketika dihubungi berkata, dia memuat naik gambar bersama Saddiq sekadar untuk mengucapka­n tahniah atas kejayaan ahli politik itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14, baru-baru ini.

“Ramai komen saya cuba pikat Saddiq selepas memuat naik gambar bersamanya beberapa hari lalu.

“Sebenarnya, sebelum ini pun saya bergambar dan berkongsi di laman sosial ketika kami menghadiri majlis pelancaran filem Kimchi Untuk Awak lakonan saya tahun lalu,” katanya.

Menurut Emma, perkenalan mereka bermula apabila dia meninggalk­an pesanan di laman sosial Saddiq bagi membuat kejutan kepada pembantu peribadiny­a.

“Saya minta Saddiq mengirim video ucapan hari jadi, tapi tak sangka dia ajak berjumpa untuk memberikan kejutan,” katanya.

Ditanya mengenai hubunganny­a dengan Kamal Adli, Emma berkata, antara mereka hanya rakan biasa.

 ??  ??
 ??  ?? EM MA
EM MA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia