Harian Metro

Gandingan serasi terakhir

-

Kuala Lumpur: Drama Klik! Pengantin Musim Salju berkemungk­inan adalah gandingan terakhir Siti Nordiana dengan Alif Satar.

Siti Nordiana, 34, atau Nana berkata, walaupun peminat dan penonton sukakan gandingan mereka yang dikatakan serasi, namun dia enggan terus bergantung dengan Alif.

“Saya yakin Alif memahaminy­a. Saya harus lebih terbuka untuk berganding­an dengan pelakon lelaki lain. Setakat ini, selepas Allahyarha­m Achik boleh dikatakan lakonan saya serasi di layar apabila berlakon dengan Alif dan Fikry Ibrahim saja.

“Jadi, ia membuatkan saya perlu cari peluang untuk buktikan bakat sekiranya digandingk­an dengan pelakon lelaki lain,” katanya.

Nana mengharapk­an peminat dan penonton yang menyokong lakonannya bersama

Alif tidak melepaskan peluang untuk terus menonton drama Klik! Pengantin Musim Salju yang kini ditayangka­n di saluran Astro Ria, jam 7 malam sejak Isnin lalu.

 ??  ?? ALIF dan Siti No r dian a.
ALIF dan Siti No r dian a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia