Harian Metro

Faham situasi penganggur

- DARI MUKA R31

Caprice syor golongan tidak berkerjaya teroka peluang cipta

sumber pendapatan

“Mungkin sebab itu, mereka pula mencabar saya untuk keluar dari zon selesa dengan bercakap sepenuhnya dalam bahasa Malaysia,” katanya.

Biarpun lebih selesa berkomunik­asi menggunaka­n bahasa Inggeris, pengasas aplikasi mengaji.com ini berkata, cabaran terbabit bukan sukar memandangk­an dia sememangny­a boleh bertutur bahasa Malaysia dengan fasih.

“Saya memahami situasi individu yang masih tidak berkerjaya. Selain terus menunggu tawaran pekerjaan, saya cadangkan untuk meneroka pelbagai peluang yang disediakan kerajaan atau pihak tertentu.

“Contoh terbaik yang saya nampak ialah melalui program YouCanDuit di bawah Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) yang membuka peluang untuk sesiapa saja mencipta sumber pendapatan sendiri,” katanya.

Video yang dimuat naik pada 3 April lalu menerima hampir 2,400 komen dan lebih 280,000 tontonan di Instagram.

Malah, video terbabit turut diparodika­n beberapa selebriti tempatan di laman sosial masingmasi­ng antaranya Syuk SYJ, Azrul Cham, Bell Ngasri dan Zulin Aziz. -Michelle Gun

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia